Thursday, December 01, 2011

MLT

Assalamualaikum..

# Saya pelajar Medical Lab Tech

#habis belajar saya tiada kerja

#iya.Swasta saya punya kolej.

#Sampai bila saya mau tunggu kena panggil jadi staff MLT ni?

#Kecewa berganda-ganda

~.~

:'(

Tuesday, November 29, 2011

Alhamdulilah...

Assalamualaikum

Saya mahu menaip lagi.

Kenapa?

Saja.Mau share kegumbiraan hari ini.

Hari tu 8.11 hari kecewa saya bila saya naik bukit then terturun dari bukit rendah di kawasan litar  tersebut.Keluar dari perut kereta berserta wajah yang sugul *Pftttt* dan juga kecewa sebab saya tahu saya gagal JPJ.Ah.Lemas!

14.11 sepatutnya ujian ulangan JPJ saya. Tapi Si kakak kerani call dan bagitau.

"Adik Yvonne.Nama kamu kena tolak sebab tempoh ujian JPJ kamu belum sampai seminggu"

Saya mengiyakan saja walaupun dari pengiraan saya sememangnya 14.11 ialah seminggu selepas kegagalan saya dalam ujian JPJ.
sekali lagi. AH.Lemas!!

29.11 iaitu hari ini saya dengan penuh keberanian cakap dengan pegawai JPJ yang hensem bernama ANDY.~lalalalal~

"Saya mau guna kancil boleh?Saya tidak yakin tu Viva." (ada sejarah dengan VIVA)

Luckily dia okay seja.Then bermulalah ujian JPJ yang buat saya terasa macam mau muntah, mau berak buang air besar.Then bila sampai turn saya. Saya excited sebab guna kancil. ~btw apa beza dengan Viva.Kereta juga kan~  akhirnya setelah berhempas pulas saya LULUS dan berjaya mendapatkan lesen P

BOLEH LEKAT DI KERETA SAYA YANG BELUM ADA LAGI


ALHAMDULILAH

^_____________________________________________________^

Saya dah start angan-angan..Hehehehe

MAU INI AhSyAw =)



Boleh lekat P di belakang dan depan kereta.Hehehe


p/s : Saya hitam sudahhh


Lots of Love
Me =))

Thursday, November 24, 2011

That Man

Assalamualaikum..

Ya.That Man.

Sekian ~~~

Hehe okeh tiada kaitan sebenarnya.Title di atas tu sebenarnya tajuk lagu.OST secret Garden.Siapa pencinta drama korea sah tahu ceita ni. Tujuan asal mahu cek komen saja.Tapi terasa macam jari ni mahu menari-nari di papan kekunci komputer si Tuan Besar.  Actually hari ini ialah hari sedih saya.Macam-macam ayat saya dengar hari ini dan buat hati saya



Ayat paling power hari ini :

Matanglah sikit.Ini bukan disneyland.Bukan kamu seja yang hidup di dunia?Kenapa tiba-tiba kamu jadi macam ini?Sebelum ini okay kan?Ah.Lemas!saya mahu kerja.


[[[SEDIH]]]

Lots of love,
Me

Tuesday, November 22, 2011

Pahit manis kehidupan.

Assalamualaikum.

BIla last saya buat entry? Ya.Lama dah saya tidak bercerita perihal kehidupan saya yang ada manis dan juga pahit.Saya kekurangan idea sebenarnya.Tapi selepas mendengar lagu Christina Perri - Thousand years terasa macam mahu bercerita kapada anda-anda yang sudi membaca dan meninggalkan komen ~Agak2 ada atau tidak yang membaca?~

Tertekan.
Ya.Saya tertekan.Saya menangis.Saya give up.Bila saya masuk website SPA8 dan permohonan saya tidak menepati kelayakan yang ditetapkan suruhanjaya.

Lebih sedih
Apabila semua orang push saya untuk buat something di luar kemampuan saya.Adakah saya perlu paksa para majikan untuk ambil saya bekerja untuk memuaskan hati semua?Saya hanya datang interview dan berharap si majikan akan call dan ambil saya bekerja.

Menahan air mata
apabila segala-gala mula diungkit.Dari A-Z.Semua dibongkar dan mematahkan semangat serta membuat saya terasa sangat menyusahkan semua orang.Lemas!

DAN

Alhamdulilah.
Saya dah dapat kerja atas bantuan dan pertolongan dari sahabat saya Kiko Pekerjaan yang lari dari kos yang saya ambil masa belajar dulu but who cares?As long as kerja itu halal dan boleh bagi saya duit untuk settle PTPTN saya. Terima kasih kawan.

Berharap
Semuanya akan okay dan saya cepat belajar untuk memeudahkan saya bekerja.Doakan saya kawan-kawan semua.

Lots of love!
Me :)

Friday, September 02, 2011

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum.

Hari ini saya bertemu bakal mentua insyaALLAH.Tiba pada jam 10.Di ambil oleh encik ahsyaw di simpang seja. Nampak rumah dia.Sikit mati sebab telampau takut.Rupanya di rumah ada bonda dan adik-adiknya.
and then bersalaman dengan bonda dan si adik yang bongsu sambil berkata dalam hati.

'friendly giler die ni' (tiba-tiba keluar slang semenanjung)

Before ni saya dan si bogsu cuma contact melalui henfon (Ketak ketak bunyi ibu jari tekan semes) tiba -tiba Ayahanda balik dari sekolah dan menegur saya.

Mana tudung?

Saya hanya menjawab dengan senyuman paling manis di dunia.Nasib baik Bonda back up.Saya terus bangun menyanyi lagu k-pop 4 minute -hot issue. Okeh itu saya tipu. Saya sunyum seja. Si adik lelaki menangkap gambar saya dan si bongsu.Hampir mati juga sebab takut kelihatan dagu mahal (double chin) hak hak tuih! Si bongsu memberikan arahan

Pegi kau di belakang si ahsyaw.saya mau tangkap gambar.

Oleh itu saya terus menuju ke tempat yang diarahkan.(Gila skema bha ayat.tidak boleh blah betul lah!) Pas tu balik... dan si Ayahanda menegur lagi pasal tudung.The best part is saya dapat salam Ayahanda..Hahahah..okay siap sudah merapu ni. Jom tidurrr ^_____^





Hari Raya saya :) (30 dan 31 ogos juga 1 sept)

#1
Guna baju warna oren. Beraya di rumah sedara mara uncle saya. Kalau dulu saya kena bagi duit raya tapi kali ni saya ditanya soalan pula.

Bila kawin ni?


 Saya tersipu malu macam kera minta tampar sunyum lebar-lebar sambil teringat Edward Cullen.

#2
Pergi rumah bestfriend uncle saya and guess what. Saya kena bagi duit raya, ^______________^ lebar senyuman saya bukan?Heee!Dengan penuh sopan tetapi tidak santun saya bertanya


Aik!21 pun dapat jga ka?


Tetttt kedapatan. Suka sebenarnya dapat duit raya, Mengembalikan nostalgia umur 15 taun. Ahakss.Paling manang kena sangka masih ambik SPM.Saya hampir menjawab "Iya" tetapi laju dijawab oleh PA (Puan Besar) "aiii tidaklah.21 sudah ni"

#3
Menitiskan air mata pada malam raya pertama atas sebab-sebab yang tidak dapat diterangkan di sini. Pada saat dan ketika ini air mata begitu banyak dibazirkan.

Kenapa kau buat begini?Fikirlah bha bilang sudah makan garam duluan dari saya


Mengadu sama kakak yang berada di FILIPINA ketika ini.Hampir gila!

#4
Bangun pagi dengan teguran sebegini

Kenapa mata kau bengkak?


Menjawab dengan penuh perasaan

Tengok CSI semalam.


Si tukang tanya mengaru kepala yang saya tau tidak gatal.

#5
Guna baju werna ijau.Beraya dengan schoolmate juga classmate.Wahhhh siukk.Gambar-gambar di FB iya.Penuh dengan imbasan memori sekolah dan gelak tawa.Paling manang.SAYA punya ketawa.

#6
Dari jam 12 lebih sampai jam 11 lebih (malam) baru balik.Nasib baik Puan besar dan Tuan besar okeh.

You ROCK!!!yeyeh!!!


#7
Sebelum tidur hati masih gundah gulana.Masih bertanya soalan yang sama seperti #3 uwaaaaaaaaaaaa
buat perbincangan dengan ABANG KAWASAN.Akhirnya saya terpaksa menurut perintah.Kalau tidak dia panggil MAIL LAMBUNG.

#8
UPLOAD gambar raya bersama Warga SMK BENONI SPM '07.salah seorang tu is my BFF Kiko TF
Happy Gila tengok gambar tersebut di'UPLOAD' heeekkkk

#9

TIdur dengan hati yang SEBAL terus macam mau menyanyi lagu keep holding on.Sekali lagi teringat Edward Cullen.

#10
Bangun jam 9++ (Nah siapa mau kawin saya sedia seja la terima hakikat bakal bini bangun lambat.Kemudian dikunyanyang 


Bangun awal rezeki masuk.


Dalam hati 'Arus di post di fb ni.Sekali buka fb adik sudah duluan post.Pegi LIKE sejalah.'

#11
Prepare aing (air) oren untuk dihidangkan. Tapi perut berbunyi "Dang!lapar ku eh' lalu saya mengisi perut dengan nasi goreng dan ikan masin masak lada putih.Brupppp!KENYANG! yeah!

#12
Call edward cullen tanya buat apa. Si edward baru membersih rumah.kami cerita sikit sinopsis hari ini lepas tu dia bilang dia mau chow mau pegi suck darah kambing di belakang rumah MAIL LAMBUNG.

#13
Datang sedara yang ke 2300 beraya. Saya potong kek sukulet. Agak pelik kenapa tidak pandai banyak di piring rupanya saya makan sambil potong tu kek.LOL!Teringat lagi si Edward Cullen

Mau kek kawin begini lah :D


#14
Lepas tu sedara ke 2300 pulang.Kami bersiap mau pegi beraya rumah orang.Soalan hari ini: Bujang sudah eh anak buah kitani.Ada sudah calonnya?Mun belum ada.Ada kan ku kasih kenal.


Sekali lagi saya tersenyum lebar ^___________________________^ teringat si Edward Cullen.terus semes si Edward

Bila kau mau gigit saya ni.Saya mau kena kasih kenen2 sudah ni

hancur hati saya tidak kena balas.Terus saya buang hati saya di sungai supaya captain jack sparrow boleh jaga.*blushing*

#15
Makan mee hoon daging di rumah member Puan Besar. Hampir mati sebab ladanya sangat pedas. Sempat lagi cabut anak tekak cuci di washing machine.Okay!itu tipu. Soalan kedua hari ini : Bila kawin von?


Sikit mati sebab PTPTN 60ribu mau bayar tiada yang mau kawin saya.  :(

#16
Sampai rumah.Cuci piring dan kemas ruang tamu sambil review gambar hari ni.Dalam hati

Wah!makin cantik saya!


Okay!boleh muntah sikarang!

#17
Mesej edward cullen.Malangnya emosi menguasai saya.terus stop semes. Saya tengok the gates dengan arapan boleh belajar cara-cara hisap darah manusia atau cara-cara mau jadi warewolf.

#18
Tengok GLEE S1.Happy sebab si Terri kedapatan menipu dia mengandung.

#19
Online seja. Buka nyawa kedua pesbuk. Komen-komen dengan uncle dan kazen pasal muka saya macam selena gomez di fesbuk.

#20
Menaip dengan penuh perasaan untuk tatapan si FOLLOWERS terHEBAT.(Adakah orang bacab post saya ni ah?)

Nitezzzz..Assalamualaikum!!!









Monday, August 15, 2011

Saya Seorang SUPERWOMAN

 Assalamualaikum

Saya agak kebosanan lalu ternampak N3 si miraaaaaaa dan si AKI si tukang karut...Jom!Saya mau ikut ini segmen.Mau kasih tambah tinggi diri yakin diri.Heheheh



Saya YVONNE IMAN RASYIDAH seorang superwoman sebab

1. Saya boleh menambah berat badan saya yang dulunya cuma 39kg seja.(Maksudnya saya kuat makan laitu)

2. Saya seorang yang mampu berangan bagaikan MINAH JENIN sepanjang hari :p

3.Saya paling sensitap sensitif berbanding kaca.Fragile kunu..

4. Saya seorang yang pemalu tapi mampu mengatasi perasaan malu dengan bercakap sendiri.

5. Saya boleh meminta maaf lebih dari 20 kali.Itu pun kalau saya yang salah lah.  ehek!

6. Saya macam si MIRAAAAA boleh online berjam-jam tanpa rasa lenguh atau bosan dan saya bukan pencinta kucing. (Huh?Apa kaitan?)

Last but not least (Yang paling tiada kaitan) Saya sudah rebonding rambut walaupun saya sudah nekad untuk tidak rebonding lagi..

NAH


Friday, August 12, 2011

Ya.Saya.Terima kasih.HUH?!

Assalamualaikum guys...

Beberapa bulan yang lalu saya dapat panggilan telefon yang berbunyi sebegini.

Demi Lovato(Bukan nama sebenar) : Yvonne kaini?
Yvonne yang cantik (Minta tampar sebenarnya) : Iya saya
Demi Lovato : Kenapa kau sms sama boifriend saya?
Yvonne : Huh?Boifreind? Siapa?
Demi Lovato  : Joe Jonas (Bkn nama sebenar)
Yvonne: Oh! Siapa ni ah?
Demi Lovato: Saya ni!Demi Lovato. Kenapa kau kacau boifriend saya?
Yvonne:Huh?Kacau?aii.Tiada saya kacau. Kami kawan dari sekolah lagi.Dia bestfriend saya. Biasalah lama tidak contact.

Tut..Tut..Tut

Oleh kerna saya perempuan yang sangat memahami perasaan kalau boipren diganggu atau di sms maka saya pun berhenti bersms dengan JOE JONAS yang sebenarnya salah seorang daripada kawan rapat saya semasa sekolah menengah dulu. Masa kami form 5 kalau dia ada masalah sama girlfriend dia saya akan jadi orang tengah yang selalu membantu mereka di saat kesusahan. Macam wonderpets.Hehehe.
Saya tidak mahu perhubungan terkini si JOE terganggu disebabkan kami bersemes so saya stop sms dia. Saya kenal JOE JONAS dari sekolah menengah walaupun dia playboy tapi dia tetap sayang girlfriend dia.selang beberapa hari lepas saya dapat call dari Demi Lovato, JOE JONAS call saya tapi saya takut untuk jawab sebab saya tidak mahu girlfriend dia salah anggap lagi. Rupanya JOE JONAS sudah tahu yang girlfriend dia ada call saya.Dia (Joe) semes saya.

Von. sorry ah. Saya tidak tahu dia call kau itu hari tapi saya sudah kasih faham dia. Sorry ah

Saya reply 

Nevermind. Jangan lagi kau curang-curang macam dulu ah Saya tidak dapat tolong lagi tau.Jaga si Demi bebaik ah.:)

MINGGU LEPAS
Joe Jonas tiba-tiba pop out dari chat list saya. Kami chat sebab dia bagitau saya girlfriend dia okay sudah. Saya pun dengan rasa paling okay chat sama dia.
Joe: Kau di mana?Di papar?
Yvonne: Iya. Kau? Ui Gf kau tidak marah ka?
Joe: Dia okay sudah tu. Dia faham sudah. Bha meh la kita jumpa.
Yvonne: Mau p mana juga? Jangan kau bawa saya makan ah. Saya puasa.Hehehe.
Joe: Iya kan. Bha nanti2 lah.
Yvonne: Rayalah kau datang rumah saya. Bawa si Nazrin. Kan dia orang mau buat reunion.
Joe: Rumah cikgu Razali kah?
Yvonne : Yup.
Joe:Okay! :)

SEMALAM

Nombor JOE JONAS terpapar di skrin public phone saya. Saya dengan penuh keyakinan menjawab

Yvonne : Haluu..
Demi Lovato: Yvonne.Si Joe mau jumpa kau ka?
Yvonne: Huh? 
Demi Lovato: Saya tau bha kamu chat di fesbuk. Saya tau dia mau jumpa kau. Kau jumpalah dia. Saya bukan girlfriend dia lagi. Saya penat sudah kena tipu.
Yvonne: Astaga. Jangan kau salah faham Demi. Saya sama si Joe kawan seja. Biasalah kalau lama tidak contact. Tapi saya sama dia tiada apa-apa.
Demi Lovato : Kalau kamu mau berjumpa. Jumpa sejalah. Saya tidak marah juga ni.
Yvonne: Demi. Beginilah ah supaya kau tidak salah faham lagi.Saya sama si Joe kawan rapat dari sekolah menengah lagi. Kalau saya suka dia dari dulu lagi saya copule sama dia. Tapi kami kawan seja. Janganlah pasal ini kau sama dia ada masalah. Saya betul-betul minta maaf sama kau kalau sebab saya kamu jadi begini.
Demi Lovato: Saya tidak marah kau tapi saya penat sudah kena tipu. Selalu dia tipu saya. 
Tut..Tut..Tut..

Saya BLUR yang amat sangat. Mungkinkah si JOE juga menipu saya. Aduh, Adakah sebab saya hubungan dia orang berantakan?Aduh.. Pening!!

Kau jaga dia baik-baik. Saya penat sudah kena tipu.

Demi Sms saya. ADuh!Demi saya tiada perasaan sama dia,Kami kawan baik seja. Guys. Saya salahkah ni ah? Saya kah punca hubungan diaorang jadi begini? Aduh..

Saturday, August 06, 2011

Ayat yang sama

Assalamualaikum guys..

Semalam auntie saya marah anak dia. Guess what? Saya ketawa. Saya rasa lucu bila dengar dia marah sebab ayat yang dia guna untuk marah anak dia sama dengan ayat yang dia guna untuk saya 4 tahun lalu.

2007

Auntie: Von! Sadang tah kau meliat tv atu. Nda batah lagi kan SPM ani. (Von!Cukuplah kau tengok tv tu. tidak lama lagi SPM ni.

Saya : Ya..kejap

Auntie : Kelagi jua kau ani.Lapas SPM kau kan meliat TV sampai pagi nda auntie paduli. Sakarang ani belajar dulu. Mun gagal nda kau menyasal?? (Terlampau juga kau ni.Lepas SPM kau mau tengook TV sampai pagi pun aauntie tidak kisah.Sekarang ni belajar dulu.Kalau gagal tidak kau menyesal??)

Heheh.Okay dulu saya terlampau tengok TV.channel? MTV,V dan HITZ.TV. Sampai uncle saya lock tu channel supaya saya belajar. Sepanjang tahun 2007 saya tidak boleh tengok pun channel yang saya suka gara-gara saya tidak belajar.Entah apa yang saya addicted betul sama tu channel.Maybe sebab saya telampau suka dengar lagu, Semua lagu and nama artis saya tau saya ingat semua tapi kalau belajar ekonomi asas atau matematik.Aduh punya saya rasa macam mau minum clorox. Paling saya susah mau ingat kira-kira (nah kedapatan budu mengira) sampai saya marah-marah sendiri blame entah siapa yang patut kena blame.Dulu ayat ni selalu keluar dari mulut saya

"Eeee..Siapa bha yang cipta matematik ni.Menyusahkan seja"


Macam mau gila saya belajar matematik dulu. Kau kasih saya sejarah atau english saya suka.tapi kalau main kira-kira ni. Aduh macam saya mau makan semut seja dari terus mengira nombor tersebut. :P


2011


Auntie: Bang!Sadang tah main komputer atu!Nda batah lagi kan UPSR ani.Kelagi jua abg ani bha nda mendingar. Lapas UPSR mun abg kan main game atu sampai pagi mama nda paduli udah. (Bang!Cukuplah main tu komputer. Tidak lama lagi UPSR ni.Telampau juga abg tidak mau dengar ni. Lepas UPSR abang mau main game sampai pagi mama tidak kisah sudah.

Hehehe :)
Sama kan? Hahaha saya ketawa seja dengar auntie saya marah anak dia. Ayat dia tidak pernah berubah.Nasib baik anak dia yang sulung sana di N.sembilan kalau tidak mesti ayat yang sama diguna cuma exam dia PMR lah. Hehehe. Jangan marah ah auntie. :)

 

Thursday, August 04, 2011

As long as you there

Assalamualaikum

Mood yang tidak berapa okay! Saya mengelak dari marah tahap babun sampai antak kepala di dinding. Saya marah!Saya Sakit hati!Saya SENYUM..

Saya jenis WANITA yang dalam kategori tipikal Pelik.Iya TIPIKAL PELIK jadi jangan cari di ankol GOOGLE sebab ni kategori saya cipta sendiri , Saya macam perempun biasa yang ada boyfriend. [[rindu.mau jumpa.mau dating.p makan.Heheh puasa pula.]] tapi saya pelik (bilang si AHSYAW) sebab mula-mula saya faham kesibukan dia suddenly saya refuse to follow his way. I kept complaining about everything.  sorry dear!

Sekarang saya mau diam.Tidak mau cakap apa-apa.. Just go with it. Kalau rasa-rasa saya mau hentak kepala di dinding saya buat seja lah (Kalau berani) Saya malas mau cakap banyak tiada tandingan kesibukan si kawan. Nevermind dear biarlah kita tidak jumpa sampai tahun depan as long as you there!. I'LL TRY HARDER TO UNDERSTAND BETTER NOW.


"each day
and i
that i
kept it a secret
and it killed me
it’s time
to share what i feel inside"
Hehehe [[jiwang ka?Jangan muntah ah. Saya mau hentak kepala di dinding ni sebab tidak faham dengan diri saya sendiri]]


nota kaki: yang baca sila muntah sikarang.
Salam :)

Monday, August 01, 2011

Mom!!!

Assalmualaikum guys...

SELAMAT BERPUASA!!!


Okay! Hari selasa tu saya balik keningau sebab mummy saya admit di hospital. Saya sebagai seorang anak yang bertamadun pulang untuk menjaga ibu tercinta. Sejujurnya saya dan mumy tidaklah rapat sangat.Masa saya kecik dulu kami ada CRISIS yang saya sendiri rasa cukup untuk menjarakkan hubungan kami. Luckly hubungan kami mula okay semasa saya di tingkatan 4. Saya mungkin sudah mampu untuk berfikir dengan baik masa tu so saya pilih jalan untuk berbaik dengan mummy saya.

Berbalik kepada cerita di hospital tu. Saya tidak sangka saya dan mummy boleh bercerita kisah-kisah dia masa dia muda dulu. Yang paling penting dia mula suka dengan si AHSYAW. Habis sudah tugas saya jadi si AHSYAW yang akan bertindak lepas ni. (Macam ejan CIA ni kunu).  Masa di hospital baru saya terasa  hubungan ibu dan anak antara kami wujud. Guess what? Saya tau yang saya lahir jam 9.45 pagi pas tu berat saya 2,72 kg seja. Hahaha jangan hairan kenapa saya excited sebab benda begini sejujurnya dulu saya tidak tahu kalau hubungan saya dan mummy saya boleh diperbaiki (wah!ayat.). NOW I KNOW!YEAH!


I LOVE MY MOM!

Tuesday, July 26, 2011

im back!

Assalamualaikum

Lama tidak update belog.Bukan sebab lupa daratan tapi saya online dari Eropah.Line sana sangat 'laju' macam siput babi.Paling laju di alam semesta.Oleh kerana itu kemalasan untuk meng'update' telah berlaku.Jangan salahkan ibu mengandung.

Sekarang saya sudah kembali ke negara asal oleh kerna it terhasillah N3 ini. Saya dalam proses membuat resume mau cari keja sementara tunggu convocation.Wish me luck bebeh!

Mau keja apa ni?

Babai all!

Thursday, July 07, 2011

student vs penganggur

Assalmualaikum guys. Im at SABAH! yipieeee.. By the way, as I posted here before I already finish my diploma. I think it was awesome but you now what?. TOTALLY I DON'T LIKE IT AT ALL!You know why? Let see the differences.

Student
1.I can wake up late.I can sleep til 1.30 pm
2.I can wash my clothes any time I want.
3.My parents giving me money.
4.I only think about studies.
5.I can go to eat outside whenever i want.
6.There is no one will shout at me because I'm watching korean drama for 24 hour
7.I can online 24/7
8.I can go out without worry I'll get yelled at home (Lambat juga kau balik ni?!)
9.There will be no one will giving me orders such as "Jangan lupa jemur tu kain.Rumah jangan lupa sapu " 
10.No question like " Kenapa kau tidak masak?Kenapa kau tidak cuci baju kau?Bila kau mau cari keja? "


Unemployeed
1." Wake up!Its 6.30am already! "
2 "Jangan kumpul baju kau ni.Cuci tu "
3 ."Duit?Rm 10 cukup? "
4. " What to cook today?Aunty will kill me if if I'm not cooking anything "
5. Makan di mana?Kau tidak pandai masak sudah ka?! "
6. "Astaga!Kau ini tidak habis-habis tengok wayang kau itu. P kau siram bunga sana!"
7. " Oi! Sudahlah fesbuk kau tu. 2 jam sudah kau depan laptop  "
8. " Lambat juga kau balik?Jam 5 petang sudah ni"
9. "Jangan lupa jemur tu kain.Rumah jangan lupa sapu "
10. Bila kau mau cari keja?Apply la mana2.Jangan menganggur lama-lama.

Adeh.Pening saya.Baru 1 hari di rumah...

Majulah sukan untuk negara ^^
 

Friday, July 01, 2011

3 Tahun sudah!

Assalamualaikum..

Sorry tidak update. Kering idea ni. Adeh! Plus saya final exam. Saya Happy at the same time saya sedih juga. Mengapakah?

Semalam (29 JUNE 11) hari terakhir saya sebagai student. Habis seja last paper semua orang berebut-rebut mau sign baju dan mita sign.


Dalam happy saya sedih juga.Lepas ni memang susah dah mau jumpa especially my bestie NURUL WAHIDA MD DESA thanks for the tudung k sayang! Lepas ni saya mau start cari kejalah pula. Saya dalam kebinggungan ni di mana mau cari keja sebab 6 bulan selepas ini saya akan dapat surat cinta pertama dari si polan.Hehe okaylah dari PTPTN bha. Minta balik duit dialah tu.Aii tidak pandai sabar ni.Jadi sekarang sila bertungkus lumus buat resume (saya lupa sudah macam mana mau buat).

Lepas ni saya mau post di pesbuk saya macam yang saya mention SINI sila baca yang nombor 2..hoho Apa macam?Ok ka? Hoho..

 Jangan sms/call saya sebelum jam 12 pm

Soo..saya happy dan sedih juga! Saya macam tidak percaya saya sudah habis setadi (study) . Hari tu belum habis balik-balik bising.

Bila mau habis ni?Aiii lambat pula ni...

Sekarang sudah habis serius saya sedih. Saya tidak dapat jumpa kawan-kawan saya lagi. Macam-macam kenangan sepanjang 3 tahun dengan budak MLT0804 ni :) I'll miss each one of you! :)

Sekian :'(

Tuesday, June 21, 2011

Jajal kau AH!

Assalamualaikum

Hari ni saya tiada rasa mau update belog huduh saya tapi tadi masa makan tiba-tiba something bekeliaran dalam kepala saya. Saya teringat zaman saya budak dulu. Saya teringat kejajalan saya time saya budak-budak. Dulu kamu masih lagi setahun jagung (ayat tidak boleh blah!) mesti kamu jajalkan?Iya ka?. Kalau saya ingat balik ini cerita. Saya rasa lucu yang teramat sangat, macam mau ketawa teriak satu orang sambil menari-nari.

Here we go

Umur : 5 tahun dan ke atas
Saya jenis budak yang suka pakai skirt. Girly berabis ni. Masa saya umur begini saya suka main di bawah rumah seja. Berlari-lari sendiri. Dulu saya ada imaginary friend. Cuba kamu teka siapa imaginary friend saya? Saya kasih hint lah dia paling femes walaupun dia sudah mati sekarang.Siapa dapat jawab saya kasih hadiah choki choki :P. Hehe ok lah jawapan dia: MICHEAL JACKSON . Iya Saya tidak tipu. Inilah imaginary friend saya dulu. May be sebab terpengaruh dengan uncle saya yang time tu suka dengar lagu micheal Jackson.  Kalau saya main dengan teddy bear saya, mesti ada si ‘MICHEAL JACKSON’ sama-sama saya. Nenek saya cakap saya bercakap satu orang masa main-main.Sebelum tidur saya akan cakap gud nite sama ‘MICHEAL JACKSON

Umur: 8 tahun
Saya dengan dua orang kazen saya (barry and Michele) memang nakal. Kami satu umur jadi memang susah mau pisahkan kami.Pergi mana-mana memang kami 3 orang. Kebetulan kazen saya ni si Barry lebih jajal dari kami. Jadi ada satu hari tu dia bawa kami main masak-masak (Kalau dia baca ni mati saya kena tumbuk) terus dia cakap
“Baby  (Michele) kau pergilah ambik sudu sama piring. Tidak siuk main tiada tu barang dia”
 
Si Michele ni pun naiklah pergi rumah dia seludup pinggan dan sudu.siap bawa mangkuk lagi. SI barry tengok saya (dapat agak dia suruh saya pergi ambik barang)

“Bon, kau pergi ambik pisau bha.Kita mau potong sayur macam mana?”

Jadi saya ni macam hamba pun belari 100 meter pergi ambik pisau di rumah kami. Sudah prepare semua barang kami ni mainlah kunun. Si barry jadi pelanggan kami serve dia kunun. Tiba-tiba

“Kurang ajar kamu ah! Patut lah saya cari-cari semua sudu kamu pula ini yang bikin main. Kamu mau saya kasih makan kamu tu tanah kah ah?!” 
Nenek si Michele teriak dari tingkap dapur. Apalagi kami berlari macam pelesit dengan background lagu ‘We r the champion’ okay itu saya tipu. Kami berlari pergi rumah saya.Sampai di rumah saya atok saya menunggu depan rumah dengan rotan di tangan (.Dalam hati saya sudah *kabak-kabak)

“Kau yang ambik tu pisau kan? Abang ND Nampak tadi. Mana sudah tu pisau? Kalau jari kau putus!?Kau masuk sekarang!”

Saya pelan-pelan masuk sebab takut kena rotan. Dengan laju atok saya libas di kaki. Terus saya kalah di situ. Menangis! Dua hari saya tidak pergi bemain sama si Barry n si Michele. Insaf sudah tidak mahu main pisau lagi. (Sampai sekarang saya ingat tu rasa kena libas pakai rotan)

Umur : 10 tahun
Kami sekolah pagi tapi si Michele sama si Barry lain sekolah. Balik dari sekolah. Saya sama si Michele dan adik-adik si Michele pergi tempat dia orang selalu buang sampah sebab amu cari tin sama botol untuk main masak-masak. Kalau kamu ingatlah. Dulu ada sirap yang dalam botol. Aiii saya lupa nama dia. Tapi tu botol kaca. Kami suruh adik si Michele cuci tu botol. Tiba-tiba dia teriak. Jari dia luka sebab tu botol pecah. Si Lony (Adik si Michele) menangis naik di rumah sambil panggil nenek dia. Tiba-tiba si Lony diam. Kami teruskan lagi permainan kami. Sikit saya mati ini time sebab nenek si Michele kejar kami pakai kayu hoki. Mengamuk sebab kami suruh si Lony cuci tu botol. Kami punya suara saya rasa sampai hujung kampung kali.
Ada lagi satu petang saya, Michele sama si Barry main masak-masak tapi ni kali kami guna api. Kami beli mancis terus tanpa membuang masa kami bakar segala benda yang boleh di bakar. Si Barry ambik tin, dia isi air kami kasih didih tu air. Dua hari kami main api tiada yang tahu, Suka-suka main api bakar itu dan ini.
Mau dijadikan cerita kami balik awal tu petang. Mancis saya yang pegang. Saya bakar plastic hitam kunu lepas tu saya ambik kayu saya pukul tu plastic. Tu plastic terpelanting di mata saya. Saya berlari pergi rendam muka di baldi dalam tandas. Nasib baik terbuka dan ansib baik saya tidak buta. Kalau tidak saya rasa saya tiada belog kali. Sebab buta sebelah. Hahaha.

Umur saya begini saya paling nakal. Saya panjat pokok ceri belakang rumah saya. Gara-gara berebut sama si Barry saya jatuh dari pokok (Entah apa yang kami berebut tu saya lupa) Saya rasa tu time macam dunia saya berhenti kejap. Nafas saya tiba-tiba sesak. Kalau saya bangun saya tidak dapat bernafas mau tidak mau terpaksa saya baring. Macam saya mau mati ini time. Si Michele yang kasih selamat saya. Dia panggil nenek saya. Entah apa nenek saya buat yang saya ingat dia siram tempat saya jatuh. Hahaha.. Sampai rumah hambik mu! Kena rotan lagi..aiiii

Okaylah. Penat sudah saya menaip. Saya geram sendiri dengan kejajalan saya time budak-budak.Ish! JAJAL BETUL KAU!!
Sekian dan terima kasih!!
* Kabak-kabak = berdegup kencang



Monday, June 20, 2011

Its my bufday!!!!!

Assalmualaikum!!

Saya penat! serius saya penat.sekarang ni jari saya tau taip THANK U seja. sebab saya me'reply' wish kawan-kawan saya di fesbuk!Ya!its my bufday!!!Today is my bufday.I'm officially 21 now! Tapi macam biasa saya bufday di KL main wish-wish seja :(   (Ketaralah mengharapkan hadiah) Semalam kawan saya kasih nyanyi saya lagu happy bufday terus saya punya mata macam mau tertutup bukan sebab sumbang tapi sebab saya terharu.

Lepas tu masa di kelas kebetulan tidak ramai yang datang jadi no song for me. (Lagi ketara pok kena nyanyi dalam kelas). Lepas tu saya dapat call free sama semes hahahahah...Jadi siapa yang rajin bersemes sama bercall tu sudilah kiranya drop some comment berserta nombor telefon sekali.Sekiranya tiada nombor telefon nombor akaun pun boleh.Saya layan sejaaaaa..

Kawan saya punya cousin dia bufday. Dia kasih tengok saya gambar-gambar kazen dia Bilang kawan saya "Kek dia bentuk kunci kunu.Ish saya mau juga" Jadi saya hanya mendengar (Maka dalam hati saya juga bekunyanyang) malar dia berkunyanyang jeles sama kazen dia. Saya yang pendiam ini (Ayat minta penampar) hanya mampu berangan untuk dapat kek yang sedemikian. Tengok gambar pun jadilah sambil telan air liur..
# credit to MR.GOOGLE
 Jadi dengan ini saya mahu mengumumkan bahawasanya saya officially 21 sudah!Boleh sudah saya pegi mengundi. Jom kita mengundi. Taip semes untuk mengundi kalau yang main pangkah-pangkah ni saya tidak pandai :P

Saya terasa macam mau kasih antuk kepala di dinding sebab saya mengaku saya 21 sudah.adeh! Kalau dulu masa saya  form 5 tidak sabar kunu mau 21 nah hambik mu!sudah 21 umur saya macam saya mau balik pegi 17 (Cerewet!) Tua sudah kah tu ah ? :P Nah Hambik kau muka saya masuk 21 taun (semalam bha)


# Without editing & dengan serabut!

Cantikkan saya? (Ayat minta penampar) walaupun selekeh kau tataplah sepuas-puasnya.. Neutral beuty la katakan.Ok boleh muntah sekarang!
Babai All!!

Friday, June 17, 2011

Family saya. (Karangan saya :P )

Assalmualaikum..

Saya sayang keluarga saya. Siapa tidak sayang kan? Dulu masa saya budak-budak adik-beradik mummy saya tidak boleh berkumpul. Mesti diaorang mau tunjuk kekuatan masing-masing. Tidak kiralah tu event apa. Kalau ada yang buka silat nah yang lain start mau buka kung fu, teakwando,karate do. Kalau boleh dia orang buka segala martial art yang dia orang ada. Susah hati saya kalau dia orang begitu. (FYI mummy saya ada 5 abang sama 2 adik lelaki n 1 orang kakak.) Sapa tanya? :P  *menolog* . Macam mau terlepas lutut dari soket lutut tu. Bergeger-gegar ketakutan. Saya duduk dalam bilik seja sambil tutup telinga. Kadang-kadang saya menangis di bilik. Pernah saya masuk di esbuk sebab saya takut.Ok saya tipu! Pendek kata, bila benda macam ni jadi saya takut.

Lama kami tidak sambut X'MAS sebab dia orang selalu mau tunjuk kekuatan masing-masing kecuali mummy saya dengan auntie saya la ( 2 ja perempuan ) Lepas atok saya menninggal saya rasa 3 tahun kali kami tidak celebrate apa-apa sebab arwah atuk saya pernah cakap before dia meninggal.

"Tidak payahlah kamu celebrate apa-apa kalau perangai kamu begini. Saya mau mati sudah pun masih kamu mau bertikam lidah. Selagi kamu belum ready mau berbaik-baik jangan kamu berkumpul"

 Last year kami sambut Christmas. Saya happy sebab tiada sudah yang mau tunjuk siapa yang kuat. Sebelum christmas tu memang selalu dia orang berkumpul di rumah nenek saya kadang-kadang di rumah uncle saya. Berkumpul-kumpul adik beradik. Diaorang ketawa-ketawa sambil buat ketupat :P. Bila nampak diaorang begitu saya happy. Lebar senyuman saya.macam ning baizura.

Berbalik kepada cerita Christmas. Kami takut juga kalau ada yang mau buka silat tapi malam Christmas tu bagus perangai uncle-uncle saya. Saya rasa sebab dia orang sedar dia orang tua dah. Sebab tu dia orang tidak mau buka silat bunga-bunga dia orang lagi. Mesti arwah atok saya gembira kan. Tengok anak-anak dia happy.

Saya baru lepas bercakap sama mummy saya. Dia di rumah uncle saya.

"Mummy di rumah uncle same. Ada uncle Johnny, mama, abang ND, auntie Jess, uncle same, auntie daisy, sama daddy. Semua kami di sini"

Terus saya senyum. Dan terasa macam mau kasih lemas diri sendiri. Dalam hati menyesal saya tanya!jeles!!  Mau balik sabah. uwaaaaaaaaa :')

Baru saya perasan saya cantik walaupun saya menangis (Ayat minta tampar)
Sekain dan terima kasih!!

Friday, June 10, 2011

Boleh kau bagi saya kau punya (My version)

Assalamualaikum

Saya ikut-ikut si AKI punya entry di belog dia. Time saya pun ada bha juga. Bagi biodata kunu. Siapa yang kena minta biodata perasan femes (macam saya) Penat saya menulis dulu tau. Dua tiga kali kasih koyak. senget sikit tulisan terus kena buang tu kertas. (Saya macam mau pengsan mengingat apa isi biodata saya dulu)

Here we go.... 

Nama penuh : Yvonne F
Kalau time saya dulu. Saya tidak macam si AKI kasih tau sampai nama moyang. Saya nama bapa saya simpan initial Daddy saya. (Cukup kunu dia tau nama saya)

Nama panggilan : Evon
Tukar huruf seja kunu maka sebutan masih sama

DOB/POB : 20 June 1990/ atas katil hospital
Belum genap kunu kalau ada kasih ikut umur berapa. Terus kunu POB bikin panas kunu menjawab gitu. macam apa seja

Orang disayangi : A dan keluarga
Kalau time tu ada yang saya ADMIRER initial dia seja kunu saya kasih. terus tidak lupa keluarga kunu. paling betebiat dulu

Orang dibenci : orang jahat . Orang gila
Dulu tidak tahu mau benci siapa. masa saya darjah 4 ada orang gila belajang skola saya tu lah kunu masuk golongan dibenci pheiiii

Makanan kegemaran : Masakan mama saya.
Maka jarang makan di luar dulu tu lah Yang tidak tau makanan apa yang saya suka.

Minuman kegemaran :  FnN
Tidak gila kah ni? Banyak bha FnN tapi yang mana satu. Betul-betul naif saya ow.

Warna kegemaran : Merah
Tapi tiada pun tanda-tanda suka merah, Barang semua warna pink. Penipu betul ni.. :P

Hobi: Menyanyi. mendegar radio dan menulis biodata
Suara macam serpiah aini. dengar radio kunu sebab dulu tiada internet terus paling tidak boleh BLAH.menulis biodata (jadi hobby sudah kunu ni)

cita-cita : Pramugari
5 taun saya simpan ni cita-cita. tapi  malar kena kutuk oleh kazen2-kazensaya! aiiii.

Kenangan manis : Si A tengok saya.
Ini barulah. kena tengok seja pun terus gembira kunu saya.

Kenangan pahit  : Jatuh Pokok
Dulu saya macam lelaki (saya 8-10) saya suka panjat pokok. Jatuh dari pokok.. punya sadap!!!!

Prinsip Hidup : Majulah sukan untuk negara
Saya lupa dulu apa prinsip idup. mangkali sebab saya budak-budak jadi prinsip idup saya pun saya tidak tahu apa barang itu. hahahaha


Siappp... berpeluh-peluh saya mengingat satu-satu apa saya tulis dulu.. siap sudah.. heheheh ENJOY AH!!!!!

Majulah Sukan Untuk Negara ^^

Thursday, June 09, 2011

Not Like the MOVIE...

Assalamualaikum guys.

Bukan semua benda dalam dunia ni kita boleh miliki. Agree? Dalam masa 3 minggu lagi saya akan meninggalkan MUCH. And I can feel the sad environment already. Everyone post on their status about saying GOOD BYE. GRADUATION. BALIK KAMPUNG and so on..  To be honest I am so SAD. :'(

Petang tadi saya pergi meeting untuk PTPTN dan Konvokesyen. Kami dapat penyata PTPTN dari MUCH. Baki dalam akaun saya ada RM590.70 lagi (Happy konon saya) Tapi bila itu orang cakap pasal konvokesyen saya laju-laju taip sms (Mau pengesahan Auntie konon).

Tadi jam 7.30 PM auntie saya call. Saya hampir menitiskan air mata (Main tahan-tahan nanti kuyak) bila auntie saya cakap "TIDAK PAYAH PERGILAH TU KONVO." .Nampaknya saya tidak akan datang untuk konvo. Saya tidak dapt jumpa kawan-kawan saya lagi Apa boleh buat saya hanya menurut perintah si auntie. Dia yang besarkan saya. Untuk membantah keputusan dia saya memang tidak berani. 

Wanted this so BAD :'(


Saya mau pegi konvo tapi tidak dapat. Saya bukanlah pelajar pandai tapi saya tidak juga bodoh sangat. Saya cuba tahan air mata tapi tidak mampu bertahan depan Kakak ALYND. Semua saya luahkan sama dia. Macam mana perasaan saya yang  betul-betul mau pegi konvokesyen. 

Saya mau minum kopi banyak-banyak supaya mati awal :P Hahahaha...

P/s: Tidak tau pa tajuk mau letak. Ngam-ngam dengar lagu katy perry. Letak ja laaaa....

Babai ol ^^ Saya happy sudah ni! (penipu besar)

Wednesday, June 01, 2011

I.Saya.Aku.Me

Assalamualaikum semua...

Entry kali ni bukan untuk membuka pekung sendiri sekadar luahan soerang yang bernama YVONNE.Saya ialah saya.Kamu ialah kamu. 20 tahun saya hidup (Belum genap 21 tahun lagi. Jadi bolehlah mengaku 20.kan.kan.kan) saya sangat faham diri saya. Semua pun faham diri masing-masing. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan bukan? *Macam penceramah bebas pula saya rasa* setuju atau tidak, itulah hakikatnya. Saya sendiri terdapat beberapa kekurangan dari segi perangai terutamanya. Kelebihan tidak mau cerita buat masa ini.

1. Saya PEMARAH
Sejujurnya saya memang pemarah. Saya cepat panas. Kalau saya rasa benda tu irritating atau annoying atau apa-apa saja yang sewaktu dengannya, saya dengan mudah dan senangnya meroyan atay marah-marah. Saya cepat sangat marah. Susah! Nenek saya cakap saya ada gimbaran. Nenek saya memang pandai bergurau :)

2.Saya SENSITIF 
Jangan cakaplah. Benda paling ulung dalam diri saya selain yg di atas. Bila ini berlaku,saya terus BAWA DIRI YANG LARA :P . Lebih suka begitu, tidak mau banyak cakap.

3.Saya si PENANGIS 
Pemarah pun dalam hati ada TAMAN  hahahah. Saya cepat menangis. Entahlah mana silapnya. Mummy saya time mengandung suka tinguk drama-drama yang memerlukan air mata jatuh bercucuran kali ah.*I lop u mom!Tiba-tiba*

4. PEMIKIR YANG AGUNG
Saya suka berfikir. Inilah kerja saya kalau saya bosan Tapi kebanyakan negative thought Susahkan jadi saya. Kalau jaman P.Ramlee saya sudah jadi penasihat negara sebab sayakan pemikir yang maha agung. Mana-mana ja la kau YVONNE.

5. PENAKUT tahap DEWA
Sebab itu saya nasihatkan jangan bawa saya tengok movie antu. Kalau kau tinggal sama saya menangis air mata darah sekali pun saya tidak akan suruh kau beganjak dari saya. Pedulilah kalau kau mau terberak terbuang air besaq sekali pun. Saya rasa kalau ada pertandingan siapa paling penakut.Saya lah juara tu tau. Tapi kalau saya marah saya berani tau!Mau cuba?Kau pikir cincai?

6.SIFAT CURIOUS  YANG SANGAT KUAT
Kalau kau ada cerita yang kau mau cerita sama saya tapi kau bilang begini "nanti bulan depan saya cerita kau". Saya tidak senang hati tu, Saya mau juga tau, Dapat sinopsis dia pun cukuplah. Yang penting saya tau. Kalau tidak saya tidak dapat tidur tu.,sebab saya fikir " apa si polan mau cerita sama say ah?"  :P

7."MACAM MANA NI AH?"
Ayat wajib saya, Saya suah mau buat keputusan sendiri. Mungkin sebab family  saya selalu buat keputusan untuk saya. Jadi sebelum saya buat satu keputusan ayat di atas akan terpacul keluar dari mulut saya yang sumil ni.

8.MENCARUT
a.k.a memaki. Punya buruk perempuan memaki . Sedang cuba untuk me'reduce' kan. Kalau marah macam-macam ayat keluar. Nda buruk perangai kaitu?Haiya!!!

9.KETAWA MACAM PONTIANAK
Kalau MAYA KARIN cuti saya rasa saya boleh ganti jadi dia belakon di PHSM. Apa macam? Hehehe Saya kuat ketawa ni bukan ketawa begini :) begini :D Yang ni memang waris mummy saya *Once again, my mom mention here*  Kalau kami bersama, bunyi kami ketawa sama. Saya sayang MUMMY walaupun dia ketawa kuat-kuat. SAYA SAYANG MUMMY SAYA SAMPAI SAYA MATIiii

10. Saya susah untuk buang habiit-habit di atas.

Jadi kenapakah list diatas tersenarai? Sebenarnya saya susah hati. JIWA KACAU bha. Saya dilanda keresahan. Saya risau, saya takut. Kalau ada  something  kenapa tidak cakap seja? Saya tidak senang hati ni selagi kau diam-diam. Saya mau bertanya tapi saya tau saya akan dapat jawapan yang sama which is I'M OKAY. Whathefish.. If there is something wrong here and there. SPIT IT OUT. 

Minta maaf entry ini kali annoying berabis. Sekian dan terima kasih.
Majulah sukan untuk negara!
Babai ollsssss.. ^^
 

Tuesday, May 31, 2011

Tenom-keningau part II

Assalamualaikum semua!

Saya mau sambung cerita pasal ni. Ini cerita mula-mula Tenom-keningau .  Ok, hari tu saya cerita pasal si FIFAAW . Now saya mahu cerita lagi pasal dia. Kami berkawan sekarang (Kecoh ah minah ni! *Slang semenanjung ok) kami bersms. Fun kawan dengan dia, saya sangat suka maybe sebab umur kami tidak banyak beza kali ah. Kalau si AHSYAW bizi  saya sms dengan si FIFAAW .Dia ni agak gila sikit (Kalau kau terbaca jangan kau marah saya ah) jadi saya pun mengeluarkan kegilaan jugalah. Tidak sabar mahu jumpa dia tapi saya malu-malu ni. Astaga punya bikin panas . Saya kan pemalu (Ayat minta penampar) entahlah macam mana mau bercakap ni kalau terjumpa dia. Tapi sangat best kawan sama ini orang. Terima kasih ah sebab minta numbul talipau saya! Hoho..

Sekarang saya ada sikit keyakinan untuk berjumpa dia *Perghh ayat memang tidak boleh blah weh* FIFAAW saya tidak sabar mau jumpa kau. Kasih sedia ja ubat gamat ah. Manatau kebodohan  kekurangan pandai saya timbul Boleh antak kepala di dindng. :P

Ada keberanian sudah ni mau minta puji @ gedik-gedik dengan si FIFAAW nanti raya.. Ahaksss macam minta tampar kau kan VON.. Jadi tenom tunggu saya!! Konon!! Gila kau macam berani. Kepada Encik AHSYAW kalau kau bizi saya tidak kacau kau sudah. Ada sudah geng baru saya. Tapi saya arap-arap si FIFAAW tidak menyampah sama sayalah sebab saya rajin semes dia.  Ok bha kau kan FIFAAW? heheh

Kepada sesiapa yang sudi menjadi ging kodou saya meh sini numbur talipaun kamu. Saya semes kamu hari-hari. Hehehe. Ok no idea sudah!! Jam 4 sudah ni VON!Bilang si FIFAAW anak manis tidak bagus tidur lambat. INSOMNIA kali saya ni.. arrhgghhhhh tidakkk..

Ok..Assalamualaikum all!
Muaahhhhhxxxxx...... 

Thursday, May 26, 2011

Cerita seminggu!!!

Salam...

# Apa khabar wajah?
Wajah seindah suria ni makin pudar warnanya...

# External hard disk sihat?
Makin banyak cerita 18 taun ke bawah ja buli tengok...

# Cuti seminggu mau buat apa?
Menangis depan laptop. Rumah sakit (Homesick bei)

# Perancangan di masa hadapan?
Tengok movie korea sampai muntah *uweekkkk*

#Angan-angan terkini
Mau berenang kuak lentang balik sabaaaahhhhh :'(

# sudah timbang berat?
Rusak tu timbangan dia 'bilang' berat saya 50 setengah. Sudah saya diet pun tuh!!

# Rasa macam mau bercinta
Dengan siapa? kemarin saya tolak cinta jhonny deep

# Macam mau jadi penyanyi 
Nanti menangis seripah aini.. sora saya semat dari dia (Termuntah-muntah housemate dengar sora soparno saya)

# Otak masih okay?
Macam kurang sudah kapasiti dia ni.. Banyak esement mo buat..

# Perasaan di hari ini
Saya gumbira!! Mau kuyak mulut saya senyum (Cuti sudah)

Sekian dan terima kasih
No idea actually..
Komen bha kalau berani!! :P

Thursday, May 19, 2011

Tenom-Keningau

Salam..

Kenapakah negara :p diatas ini dimention sebut? Ini ialah kerana choyyy! Ok...Sebenarnya saya mau cerita zaman saya muda-muda dulu.. Hehehe.. baiklaaaa...
Yesterday punya yesterday saya n c FIFAW bermesej di inbox fb.. Hohoho.. Gumbira ni saya.. Sebab akhirnya si FIFAW kenal saya actually dia memang kenal saya tapi tidak tau watak saya apa?

Jeng..jeng..jeng..

Sekarang dia tau sudah watak saya apa.FIFAW  i'm having fun chit chat wit u! Memang ko sempoi la FIFAW i lop u very strong!!!

guess....who is this FIFAW ??


So, kenapakah negara di atas disebut? Hehehhehe.....

Monday, May 16, 2011

Yipeeeee....

 U see up up there? This is what i am waiting for. Pedulilah orang cakap saya sakai.. Saya register penuh susah payah tau baru kena approve... Anyway.. Thanks to warga WSB i love u all very strong.. Heheheh.. Anyway saya sudah diiktiraf! Hehehehe..  I am WASABER now.... Come come and follow me.. muahhhxxxx

Salam ^^

Tuesday, May 10, 2011

5 minggu lagi :)

Salam...

Kalau saya habis belajar nanti apa saya mau buat?

1. Saya akan tidur sampai pengsan. Untuk qada' tidur yang 3 tahun tidak cukup-cukup..

2. Saya akan post di wall pesbuk saya ' Jangan sms/call saya sebelum jam 12 pm'

3.Saya dengan ini mengisytiharkan bahawasanya saya akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi seorang insan yang solehah? hmmmm? *tidak tau pa cerita ni*

4. Saya akan mempersediakan diri saya untuk bertemu dengan keluarga si AHSYAW dan.. dan.. dan c FIFAAW 


sekian dan terima kasih kerana sudi membaca post minah jenin ni.. k..babai! Salam...

Monday, April 11, 2011

~Paling di antara yang terpaling~

Entah bila last saya update blog. Saya tiada masa dan kalau pun ada masa saya tiada idea.. Tapi ini hari saya banyak idea.. Adalah 2-3 benda mau sharing.Entahlah siapa jak yang blowalking belog huduh saya ni... Anyway 4 those yang blogwalking saya punya blog terima kasih daun keladi okay.

1st story
Lokasi: Dalam bilik saya.
Masa: Around jam 1 pagi.

Mau dijadikan ceita saya, April and Lea bercerita2 entah pasal apa sudah tu..
Lea : Von, saya tidak dapat tidur. Saya lapar
Saya: Bha. Jom kita p makan.Tapi kita mau makan apa?
Lea: Saya ada meggi tapi saya mau meggi sup...
Saya: Aik.. c April ada meggi kari..Minta dialah....
April: (Mata puar-pura tutup) Lalalalalalaa...
Saya: Oi..melampau ko sana..
April:(buat muka paling bida...)

kami ketawa kunu ni.. Hohohohoo! Tiba-tiba pula hamba ALLAh ni bersuara... Kami ingatkan dia mengigau.. Kami ketawa lagi.. Tiba-tiba.....

Hamba ALLAH: Hoi!! pinjam kipas orang tu kasih baliklah. Bukan jadi hak milik kekal!

Apalagi kami 3 orang berpandangan sesama sendiri.Pelik. Kenapakah?Apa masalahmu perempuan?Wei, kalau saya ungkit balik ko cakap saya kaki mengungkit. Tu kipas roomate kau yang bagi pinjam sebab kau malar merempat dibilik kami. Roomate kau bilang

U gunalah dulu kipas tu. Ramaikan dalam bilik kamu. si __________ pun disanakan. Lagipun bilik kami tak panas sangat.

 Yang kau mengencang tu kenapa? Astagafirullah saya tidak layak untuk judge kau bha.. Tapi siapa tahan dengan mulut kau yang macam tu.Saya tidak suka untuk begaduh tapi kesabaran saya ada limit.

Lokasi: Atas katil saya
Jam: Around 7 am

Hamba ALLAH : Von...Von...
Saya: (Panggillah sampai mulut kau koyak.)

 Oklah..saya mengaku saya pun penjahat juga..siapa suruh kau jauaht sama saya.

2nd Story
Lokasi  : Kampus (Kleas parasite)
Jam : jam 2-3 pm

Kami tengah buat revision pasal parasite. Saya malar terangguk-angguk mengantuk punya pasal. Last-last saya keluar sama c Yun. kami duduk-duduk sana di kerusi di depan lab.

Saya: Yun,saya mengantuklah...
Yun: Jomlah masuk'
Shilea:Tidak payahlah masuk. Dia soal sorang2..
Yun: aiya.. susah sa mau menghafal last minute ni tau...
Saya and shilea: Jom kita p bwah kita masuk kalau sir sudah keluar dari kelas...

Sanggup kami tidak masuk kelas sebab kami mengantuk. Gila ko ni kan IMAN..semester 8 sudah ni.Kenapa kau macam budak-budak sudah ni...hahahahhahaha... Macam budak-budak..
Bak kata AHSYAW  budak kecik....

Tuesday, April 05, 2011

Fairytale part III

Saya baru lepas sahur... Syukur alhamdulilah kenyang juga, Saya mahu ganti puasa. Ok... Cengini ni kali punya fairytale saya mau cerita pasal kesibukan yang melanda tuan unya belog huduh... Bak kata kawan saya

"Bapak susah giler nak lepak ngan kau ni. Busy jer memanjang"

Maaf ya kawan. Bukan sengaja tetapi ketahuilah dikau bahawasanya saya kini berada di semester 8 yang telah diREMIXkan olehh MUCH. Anyway, seperti minggu-minggu biasa saya sangat busy dan sangat penat. Saya macam mau gila sebab banyak sangat benda yang mahu diprepare... Saya mahu cerita sikit pasal rutin harian saya sebagai student ok...

7.30am = Kelas bermula
Assignment > presentation > test 1 > assignment > presentation > exam > test 2 > presentation > exam > assignment bla...bla....
8pm/6pm = habis kelas

banyak betul kerja kami. Saya penat!! tidak sabar mahu habis belajar pas tu saya mau kawin!!! hahahaha... Agak2 la IMAN ! Menanggis Auntie mu nanti... Huahuahuahuahuahuhauhauha.... tapi kalau ada yang masuk meminang saya okay ja sebab saya penat dah jadi bujang..pheIiiiii.. Angan-anagan minah jenin betul ko ah IMAN.. Melampau betul... Saya mengantuk lagi la mau tidur balik tapi ini hari jam 10am kami ada test 2... pas tu petang ada pula quiz... Bolehkah saya kuarkan otak saya anf kjasih tinggal di rumah... MUMMMMMMYYYYYYYYY... saya penat!!!!

Pas tu last night. saya ngan c AHSYAW bertalipaun..siuk2 kami beserita trus dia buat confession begagar juga saya dengar confession dia....Confesson dia berbunyi begini :

AHSYAW: Kau ni kalau saya telefon kau banyak betul kerja kau... Ada jak menganggu... Pas tu kau malar minta sorry bisuk dia kau buat lagi Siuk-siuk kita bercerita kau misti tanya kenapa saya diam. Sebab saya meu dengar cerita kau. Takkan saya mau menyampuk. Terus saya tiada mood mau bercerita...

Saya:

AHSYAW: nah. kau terus diam. Ini yang saya malas ni nanti kau kecik hati lagi sama saya.macam itu hari...

Saya: Ish! tidak lah mana ada saya kecik hati. saya ok jak bha ni...

AHSYAW : Ah.. tiada juga effect sama kita kan. Kita ok juga kan...

Saya: okay juga lah...

AHSYAW: Nah, tidak ikhlas...

Saya: betul lah.. Oklah bha tidak juga effect kita.. Oklah bah juga tu maksud saya....

tut..tut....tut...tut..


Tunggu punya tunggu.. Tidak kena talipau balik... Geram ni saya... ISH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya send mesej : 

Hbis kdt? Bah gud nite ya!

Maka dalam hati berkata :

Ui, talipaun saya balik... saya masih terasa ati sama kau ini... kenpa kau tidak talipaun saya!!!!!

 Ah.. padulilah sana... Saya geram!!

Salam ^^


Sunday, April 03, 2011

Tak Kan Pernah ada by GIESHa


♥ Love this song. Remind me of something 

Friday, March 25, 2011

Cerita dongeng part 1

Beberapa hari ni saya tak update belog (Beberapa hari ke?).. Minggu ni memang susah untuk saya menghadap laptop sambil berfikir apa yang harus ditaip di dlam belog huduh saya ni. Dalam minggu ini, saya ada exam untuk mid sem. Huuuuuuuuuuu... Penat la study.. Intake kami special kes kunun...



FAST TRACK @ REMIX

Intake kami 06/2008 so sepatutnya kami habis bulan June..Tapi entah kenapa ni tempat saya study ni
masa bulan Feb/10 dia orang bagitau intake kami akan habis pada bulan 10/11. Pas tu bulan 01/11 dia orang bagitau jadual tukar,grad bulan June pulak dah. So imagine la untuk sem 8 sepatutnya 14 minggu dipendekkan ke 7 minggu. Memang kelam kabut study sekarang ni. Bulan reda lagi otak tu study dah ada exam,assignment, presentation.

Memang sakit kepala... Sekarang ni tinggal 3minggu lagi untuk habiskan sem 8.. Bila da masuk sem 9 tak taulah masih juga ka dia orang mau bbuat fast track.  Sem 9 ada 3 subjek ja tapi kami belajar 5 minggu ja.. Dipendekkan dari 7 minggu..  Kalau macam ni semau student berpotensi dapat stroke... huhuhuhuhu (Lecturer saya yang cakap)

Semalam sa YM sma c anu...

AHSYAW82: Ko ok?
nr_imandazzle: ok ja.. Kenapa?
AHSYAW82: Sudah habis belajar?
nr_imandazzle: Belum ada lagi beberapa bab ni mau belajar..
AHSYAW82: Oh iya? Bha belajar la ko ah..  Janji sama sa ko blajar rajin2..
nr_imandazzle : kalau tidak mau....
AHSYAW82 is typing

Saya tunggu...

tunggu....

tunggu...

AHSYAW82: Kalau tidak saya bgtau unt kau...

Nah kena blackmail bha saya.. baiklah ankol AHSYAW... saya study baik2 lah ni.... Saya janji.... Fokus la ni... terima kasih..sekian...


 Salam peeps ^^

Friday, March 18, 2011

The Difference Between Love and Like

In front of the person you love your heartbeats faster,
But in front of the person you like you get happy,
In front of the person you love winter seems like spring,
But in front the person you like
winter is just a beautiful winter.
If you look into the eyes of the one you love you blush
If you look into the eyes of the one you like 
you smile

In front of the person you love
you can't say everything on your mind,
But in front of the person you like you can.
In front of the person you love you tend to get shy
But in front of the person you like you
can show your own self.

The person your loves comes into your mind
every 2 minute
You can't look straight into the eyes of the one you love,
But you can always smile into the eyes of the one you like.
When the one you love is crying you cry with them,
But when the one you like is crying
You end up comforting.

The feeling of love starts from the eye
and the feeling of like starts from the ears,
But if try to close your eyes
LOVE TURN INTO A DROP OF TEAR AND REMAINS IN YOUR HEART
FOREVER AFTER.


Wednesday, March 16, 2011

EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON

Salam peeps....

EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON

What is really happen in my life nowdays? I really don't know what is happening.. Too much happening to me in my 2nd last sem.

1) Semua mau masam muka sama saya.. Adakah saya terlalu menyakitkan hati kamu??
2) Adakah sebab markah saya tinggi dari orang yang ajar saya, orang yang ajar saya tidak mau tegur saya?
3) Adakah bestfriend  saya lupakan saya?
4) Saya jahat sangatkah?

Mungkinkah saya terlalu annoying untuk mereka?
Saya cuba untuk jaga hati semua orang.. Tapi kenapa ni yang jadi?
Ada hikmah di sebalik ni semua kan..


Baiklaaaaa..
afta diz saya tidak mahu lagi....
1) Senyum sama semua orang
2) Minta ajar orang...
3) Menganggap si ____  bestfriend  saya.
Kawan biasa ja....
4) Terlampau jaga hati orang..


Bilang c AHSYAW:
" Jangan kita telampau baik dengan orang sebab dia orang akan salah sangka bila terlampau baik... Jangan terlampau jaga hati orang sebab dia orang tidak akan peduli perasaan kau. Lagi 1, jangan anggap dia orang tu kawan yang akan kekal. Kamu hanya berkawan sebab kamu belajar di tempat yang sama."

Baiklaaa AHSYAW.. saya akan cuba mempraktikan apa yang kau cakap ni ok?

Assalamualaikum
Babai Olls!

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template