Friday, September 14, 2012

pengalaman berharga

Assalamualaikum

sudah baca ini,

Pagi itu aku bangun jam 5.15 itupun masih berkira-kira mau bangun atau bangun jam 5.30 nanti. Mengingatkan pakaian yang belum aku kemas akhirnya bangun juga. selesai aku bersiram terus bersiap tanpa membuang masa sebab aku menumpang Tuan Besar *uncle* kalau lambat boleh berdarah telinga kena bebel awal pagi. Since, interview ni SPA so aku pakailah baju kurung hijau kosong, tudung hitam dan dan dan kasut yang aku dengan inchik BF beli sama-sama hari tu. Kasut bertumit warna hitam dan menutup jejari kaki aku yang panjang ni.

Dalam kereta aku tak rasa mau tidur sebabnya aku nervous. Okay aku tipu ! Sebabnya aku sibuk atur tudung aku yang senget sebelah menyebelah. Rasa macam aku mau teriak seja tapi takut pula kalau uncle turunkan tepi jalan. Herherher *pinjam sat ya encik fadzmie*

Dalam jam 7.30 pagi aku sampai di mini putrajaya tu laju kaki aku berjalan menuju blok A. Disebabkan memakai kasut hiat bertumit tu gaya jalan aku lebih kurang macam Tyra Banks. okay aku tipu. Aku jalan macam orang sakit kaki. T_T memang sakit pun! Masuk ofis SPA tu, ada receptionist tu suruh masuk dan letak surat panggilan temuduga dalam tray yang dia orang sudah prepare. Masa masuk tu ada seorang lelaki tu nama dia Michael. Dia pun datang temuduga untuk jawatan yang sama juga. Lepas aku sampai ada seorang lagi masuk, Lola nama dia. Masa menunggu untuk registration tu ada someone sapa aku. Ingatkan dia interview juga rupanya interviewer ah.

Lepas register, Michael  masuk dulu. Lepas tu turn aku. (aku orang kedua) masa masuk tu jantung punya degupan jangan cakap lah. Kalau boleh belari lama sudah jantung aku lari. Ada 2 orang penemuduga. Friendly. senyum seja. Masa masuk tu aku letak file, surat panggilan temuduga dan resume atas meja penemuduga tu. Interviewer yang pertama suruh ceritakan sedikit latar belakang. Aku punya cerita tu memang aku rasa macam bodoh-bodoh seja sebabnya aku cerita aku belajar di mana dan bekerja sebagai apa. Dia tanya kenapa tidak apply JTMP seja dan aku cakaplah kenapa. Then yang interviewer kedua tu angguk-anguk sambil senyum. Lepas tu interviewer first tu tanya kenapa pilih jurubahasa. Since aku pilih jurubahasa pun tidak tengok deskripsi tugas. Aku goreng seja! Entah apa seja jawapan aku masa tu yang pasti kedua-dua interviewer tu ketawa-ketawa. Dan bermula lah episod jantung aku hampir tercabut.

soalan-soalan dari interviewer kedua tu :

1. Apakah tugas seorang jurubahasa?
aku dengan keyakian menjawab deskripsi tugas yang aku faham dengan kerja ini.

2. Siapakah Ketua Hakim Negara?
Ini memang aku jawab sepantas kilat Yang Amat Arif Tun Ariffin bin Zakaria

3. Senarai mahkamah?Mahkamah tertinggi dan mahkamah rendah
Aku cuma ingat mahkamah persekutuan dan mahkamah tinggi seja. Yang lain aku lupa due to the nervousness  mehmehmeh.

4. Sebutkan 5 rukun nagara
Confirm aku dapat jawab benda ni. tapi seriusly tidak tersusun. Sila gelak lelaju!,

5. Kaitkan kedaulatan undang-undang dengan mahkamah?
Sangat blur T_T * Start jantung mengepam di tahap maksimum!*

5. Siapa menteri menjaga hal ehwal Mahkamah?
Percaya atau tidak aku lupa ni barang! Aku cuma ingat Nazri seja. *Rasa macam mau menanngis*

Dia orang cakap ada apa-apa lagi mau tanya? aku cuma minta tips seja since aku mengharapkan panggilan SPA lagi . Selepas tu interviewer yang pertama tu cakap. "kamu jangan nervous bah itulah kamu tidak dapat berfikir. Nampak muka kamu nervous. Saya nampak kamu membaca-baca pasal menteri tadi di luar takkan sekarang tidak dapat jawab sudah" 

Masa ni kalau diizinkan memang aku menangis. Aku mau sangat kerja ni tapi disebabkan cara aku menjawab, aku cuma mampu berserah. T_T

Lepas interview aku mau tukar baju di tandas. Aku kelam kabut masuk tandas sebab aku kepanasan mau cepat-cepat tukar baju kononnya.Aku berdiri depan cermin usai-usai tudung. Aku pelik kenapa ada ramai lelaki depan pintu tandas. Semua tengok-tengok aku. Aku pusing mata aku betul-betul fokus dengan ini





Tanpa membuang masa aku keluar dan terus masuk tandas perempuan! MALU TAU!!!!! at least dapat meredakan rasa mau menangis aku tu. Miahahahahah!

Temuduga untuk SPA dan masuk tandas lelaki pengalaman berharga buat aku yang sedang mencari kerja. *rasa macam aku nak gelak kuat-kuat bila ingat masuk tandas lelaki!*

p/s : Doakan aku dapat kerja ini ya kawan-kawan.


Sekian saja.

Lotsoflove
yvonne :)

6 comments:

KhuZa SunshiNe said...

kerja apa tu ?
inshaAllah kalau ada rezeki dpt juga tu.. gudluck

Yvonne Iman Felicianus said...

Jurubahasa :)) tq khuza..

Herniay Yong said...

HEHE...Rilex2 ba

✿♥! si emma dak tecik ^^, ♥!✿ said...

sebab nervous la tu kan ko silap masuk tandas. tak pa von, ada pengalaman tu yang penting.

^^,

frecylla may said...

vonn, lucuuu sy baca ni post ko... hehehe.. ba wish u all the best kio :D

Herniay Yong said...

nah,amacamm result

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template