Tuesday, August 28, 2012

Hari Raya Saya :)) *Seminggu*

Assalamualaikum

Tahun ini beraya macam tiada semangat raya. Selalu ada seja. Ngee :D

#1
Raya pertama kami semua guna baju warna hijau. Dalam sibuk iron baju puan besar. Ada insisden di mana baju puan besar hangus, jadi berlubang baju tu. Sesi meminta maaf diikuti sesi aku merajuk sebab si sepupu bising baju mak tersayang rosak. Aku dengan air mata cakap dengan dia orang

"Aku tidak mau raya!"

Sesi merajuk berlarutan selepas mandi. Kena panggil makan tapi aku tak menyahut. Namun bila puan besar masuk bilik aku. dia ketawa

" Kenapa kau nangis? Auntie tidak marah pun. Jangan menangis tua sudah kau"

Lepas merajuk aku keluar makan dan aku terima panggilan dari member bagitau pasal arwah.

#2
Beraya di rumah saudara Tuan besar dan soalan tahun lalu masih dikemukakan. Kali ni soalan dia berbunyi begini

Bila tunang von?

Macam biasa aku tersengih seja. Tiada jawapan. kang jawab bulan depan terkejut pula. :p

#3
Esok pakai baju warna coklat. Masa ni panggil family side Tuan besar dan aku dengan sepupu semua berkurung di dapur. Mehmehmeh.. Anak buah yang baiklah katakan. Kalau time tu ada anak buah side uncle datang jenguk dapur confirm sangkut punyalah. Baju siap lipat sampai atas lagi tau pakai glove kuning..


#4
Petang tu aku dengan member (Emmi) pergi rumah arwah. Okay yang bab ni tidak payah cerita lah.

#5
Raya ketiga tu member sekolah bawa beraya. Aku dengan penuh bangga jawab " aku mau tolong auntie aku di rumah" lepas tu aku sebok cerita dengan Puan Besar yang ex-schoolmate bawa beraya tapi aku malas jalan.

" Ni anak ni ah. Pergi sejalah. Bergaul bah! Kau kahwin tiada orang mau datang tau"

Laju aku call kawan yang bawa jalan tu. "Singgah aku di rumah"

#6
Plan mau balik keningau tapi tidak jadi so keluar dengan member wasaber *Dg.Farhanah, Dg.Shazwani, Omen* pegi beraya rumah khuza, irwan jay, kaka wani dan rumah si dg adik beradik :
Gambar ada di facebook ya :D eh adakah ah? tidaks ure diaorang ada kasih masuk atau tidak. Masa ni aku memang banyak diam terutamanya tempat khuza sebab aku belum biasa. Nanti sudah biasa banyaklah cakap tu.

#7
Auntie panggil kawan-kawan dia datang beraya dan masa ni inchik bf dan adik beradiknya datang. So time ni memang time aku kena kacaulah. Soalan hangat hari itu

"Mana satu boyfriend kau von?"

" Jadi bila?"

Masa soalan 'jadi bila?' aku sengih seja. Puan besar yang tukang jawab. PA lah katakan

#8
Petang tu aku ikut pula inchik bf balik tenom. Pergi beraya, sekali la jumpa mak abah dia. Ada gambar adik inchik bf dengan aku. Kamu mau tengok? nah :

Kenal kamu ni budak?
#9
Balik keningau jumpa family. Kononnya mau balik sabtu tu tapi teksi tiada. Dengan tiada baju. Memang aku geram tapi siapa suruh tidak bawa seja baju kan. Lepas tu boleh pula lupa bawa jeans. Hohoho..

#10
malam sabtu bertandang rumah sepupu. Semua cakap aku berisi dan aku sengih ja macam Gary si siput dalam Spongebob Squarepants.

#11
Aku balik papar awal pagi. Sampai dalam jam 10.30. Kemas barang dan bersiap (tukar jeans dan baju) then jalan menuju ke Kota Kinabalu. :p Auntie bagi seratus seorang then shoping sakan si sepupu yang aku cuma follow. Duit tetap kurang walaupun tidak shoping! puih! dasar minah reload!

sekian seja cerita raya yg pendek ini.. :))






2 comments:

Fadzmie said...

Penuh aktiviti rayamu ni Von. Haha.

Yvonne Iman Felicianus said...

hahahaha x sepenuh last year. hahahaha

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template