Tuesday, August 21, 2012

Muhd Zulkernanin Tempi 1990 - 2012

Assalamualaikum

Hari ini aku pergi rumah arwah. Ramai sangat orang dan jantung aku hampir tercabut bila bapa arwah peluk salah seorang dari kami *lelaki juga yang kena peluk* sambil cakap "Fiq, tiada sudah si Zul" *(arwah anak lelaki tunggal.)
Aku sedih sangat tapi aku tahan sebab aku tidak mahu orang cakap aku lenih-lebih sedangkan girlfriend arwah yang sudah lebih 7 tahun bersama dia boleh kuat dari aku. Kenapa aku pula kena lebih sedih dari dia sedangkan kami hanya 'kawan' selama 3 tahun. no!bkn 3 tahun. 2 tahun setengah seja. ya!

Kami putus sebab kami jauh dan masa tu kami budak-budak. So sukati seja mau couple sukati seja mau break *puppy love la katakan* kenal arwah pun sebab muka aku sama dengan crush dia. Arwah bagitau dia suka aku dan dan time tu aku lak malu-malu kucing. Tapi lepas tu aku suruh cousin arwah bagitau arwah yang aku terima dia *hewhewhew* tapi lepas tu kami putus kejap tapi sambung balik sampailah aku masuk form 3 dan aku sekolah di Keningau. Jauh kan masa tu hati tidak sekuat mana pun so aku ambik haluan aku dia ambik haluan dia.

form 4 aku pindah balik papar dan sekelas dengan arwah. Masa tu memang dah tidak layan sangat bukan apa sebab rasa malu dan rasa sakit hati dengan arwah. Tapi rasanya bulan 2 atau bulan 3 macam tu kami okay dah, boleh cerita baik punya! rasa sayang memang sah sah dah tak ada lah. Form 5 arwah pindah sekolah, jumpa pun masa spm ja. Last lah jumpa masa tu. Contact dari fon seja itupun dia minta number fon aku dari kawan baik aku.

Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh

Apa yang aku boleh cakap pasal arwah ialah arwah mementingkan family dan arwah seorang kawan yang baik. masa kami dah tiada apa-apa arwah tidak pernah berhenti contact aku cuma aku yang tidak mahu layan. Sebelum puasa arwah ada minta number fon tapi aku tidak mau bagi. Aku tak mau arwah contact aku sebab aku anggap tiada kepentingan untuk aku. Tadi member cerita dia bagitau yang arwah memag habis-habisan mau number fon aku bila dia bagitau arwah yang aku tak mau bagi arwah cakap member aku ni penipu. Lepas tu arwah cakap nanti balik papar arwah mau jumpa aku. :'(

Aku terkilan! Rasa sebak sangat sebab aku tak bagi dia peluang untuk contact aku. Rasa menyesal sebab aku ego dan aku hanya fikir rasa marah aku dengan dia. Tadi masa datang rumah arwah tengok sendiri arwah kaku aku menangis. Dan ada satu perasaan yang menular dalam diri MENYESAL! ya aku menyesal sebab aku fikirkan marah aku sedangkan dia tetap cari aku walaupun cerita aku dan dia sudah lama berhenti. Aku hanya fikir diri aku dan aku salahkan dia atas apa yang jadi dulu.

Tadi sebelum balik aku peluk kakak dia dan kakak dia pesan untuk simpan semua kenangan aku dengan dia masa kami sama-sama dulu dan itu tambah buat aku sedih. Aku sedih! ya! *lap air mata*
kakak dia cerita yang arwah accident tu betul-betul depan hospital.  tambah aku sebak dengar kakak dia cerita pasal arwah. Arwah ada call mak dia bagitau yang dia bagi peluang orang berkeluarga beraya dan sudah 3 tahun tidak balik beraya dengan family. T_T

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Aku minta maaf Zul.

T_T
yvonne felicianus

0 comments:

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template