Heyaaaa :) :)
12/11/2015 - Jenab dapat email penggilan temuduga dari SPA untuk jawatan Pembantu Perpustakaan S17 selepas sekian lama tidak (LUPA) update application SPA8 tu. Tup tup kena panggil. Alhamdulilah.
Nasib baik Jenab cek email. Kalau tidak memang melepaslah jawatan tu. Sebabnya, Jenab cek email tiga hari sebelum interview. Sepantas kilat Jenab godek godek pak gugel cari maklumat. Fuh! Siap hafal kod-kod buku TT
Sempat lagi berlusir balik papar gara-gara kasut hitam yang menutup jari di sana termasuk surat beranak Jenab. Boleh pula, kasut yang dipakai sekali ja (Masa interview Jurubahasa L17) tercabut sikit di bahagian tapak, memandangkan interview tu dalam masa 2 hari seja lagi. Memang malas sudah mau sibuk pergi mencari kasut, jalan penyelesaiannya : gam 2 second! HAHA
Unt tanya "okaykah ni?" Jenab angguk ja, yakin.
18/11/2015 - Pagi tu, Bang Rambo yang hantar. Sampai seja di blok b persekutuan tu, Jenab terus masuk dengan yakin. Tapi langkah yang diatur berbunyi sumbang. Sekali tengok, ya Allah! Tapak kasut tercabut sudah. "Okay tenang!" bermenolog dalam hati. Wajah mesti yakin walaupun dalam jantung sudah berdegup kencang.
Masuk seja dalam bilik menunggu, kus semangat! Ramainya jejaka yang datang interview untuk Pembantu Kastam. Jenab senyum terus pergi meja register bagi orang tu cek sijil-sijil semua. Jenab orang pertama interview. Nervous tapi muka masih tenang. Ada seorang lagi perempuan dari kinabatangan. Muka dia yakin dan tidak ada nampak rasa takut. Jenab senyum senget ja pasal dia tidak senyum balik. Okay, fine!
Bila kena panggil, Jenab terus masuk dengan mengheret kaki sebab takut kasut tercabut habis :) Selepas bagi salam & bagi penemuduga fail, Jenab kena suruh duduk. Jantung sudah macam mau melompat keluar tapi muka masih dengan riak tenang. Fuh!
Ada dua penemuduga, dua-dua dari PNM. Seorang tu orang semenenjung yang satu lagi orang tawau (Adam kalau tidak silap namanya). Macam biasa diaorang suruh introducekan diri. Bla.. Bla..Bla..
Interviewer 1: Selalu tak pergi perpustakaan?
So, Jenab dengan jujurnya cakap 'Tidak. Kadang-kadang seja,"
Interviewer 1: Bila kali terakhir Yvonne pergi perpustakaan?
Jenab : Pertengahan tahun kot sebab temankan adik.
Interviewer 1: Apa hobi Yvonne?
Jenab : Saya suka surf internet & membaca buku.
Interviewer 1 : Apa buku terakhir kamu baca?
Jenab : Ada Iman baru syok ada fight, Adam Corrie.
Interviewer 1: Yvonne mualaf kan? Family tak marah ke Yvonne masuk islam? Bila Yvonne convert?
Jenab : Saya convert 2009. Family semua okay sebab dalam family saya memang ramai yang masuk islam.
Interviewer 1 siap bagi nasihat supaya tarik family untuk masuk islam. Banyak nasihat dia bagi. Alhamdulilah. Tapi lepas tu Interviewer 2 tu suruh Jenab perkenalkan diri dalam English. Jenab agak panik sebab Jenab darah gemuruh bila cakap omputih depan orang. Habis Jenab hentam semuanya!
Interviewer 1 tiba-tiba tanya pasal pengetahuan am :
1. Apa rukun negara ketiga?
Jenab jawab : Keluhuran perlembagaan.
Dia tanya "Betul ke?Yakin ke ni?" Jenab terus panik. Jenab cuba baca rukun negara dalam hati tapi semua tunggang langgang. Lepas beberapa saat, dia ketawa. "Saya saiko awak jelah Yvonne,"
Hmmm.. TT
2. Saya nak tanya ni, apa isu semasa yang Yvonne tahu?
Alhamdulilah! Pagi tadi sebelum jalan, sempat lagi Yvonne baca berita pasal Paris Attack! Pung pang pung pang. Dia tanya lagi " ISIS ni siapa sebenarnya?" Jenab macam orang bodoh cakap diaorang ekstremis yang sangat ganas! * Bongok!*
En.Adam gelak-gelak tengok Jenab.
Interviewer 1: Tapi, saya ada baca dekat internet yang saya pun tak pasti betul atau tak, ISIS ni bukan orang islam & bertatu.
Jenab senyum "Ya, saya ada terbaca benda yang sama. Kononnya diorang tu askar US yang menyamar sebagai orang islam untuk buat semua orang anggap islam ini agama penganas.
En. Adam : Saya pula nak tanya. Siapakah nama TYT Sabah?
Jenab terdiam! Serius langsung tak terlintas dalam kepala siapa nama dia. Interviewer 1 terus cakap ''Saya baru berminat dengan Yvonne ni dah tak ingat TYT siapa,"
En. Adam ketawa.
Okaylah, siapa nama Ketua pengarah PNM? Jenab senyum lebar "Puan Hajah Nafisah binti Ahmad,"
En. Adam tanya "Binti?" Jenab angguk sebab yakin sangat.
En. Adam: Siapa penolong pengarah PNM?
Jenab senyum nervous. Sebab Jenab langsung tidak pandang siapa Penolong Pengarah. Interviewer 1 ketawa sambil pandang En. Adam. "Diaorang selalu ingat kita akan tanya pengarah je kan. Penolong pengarah diorang tak ambil tahu langsung," En. Adam gelak-gelak.
En. Adam : Yvonne dah kahwinkan? Kalau dapat kerja ni macam mana? Sebab kerja ni dekat semenanjung?
Dalam hati agak terkejut tapi yakin seja menjawab, saya & suami sudah berbincang malam tadi. Kalau dapat dan posting dekat semenanjung. Saya terima je.
En. Adam: Yeke? Nanti belum sampai 3 bulan dah minta pindah balik Sabah.
InsyaALLAH tidak. Saya tidak ada pengalaman bekerja dalam perpustakaan saya perlu belajar dari senior-senior di PNM. *Uncle cakap, "Ayat desperate kan kerja," HAHAHA*
Interviewer 1 : Tak apa kalau dapat di KL, ramai orang Sabah. Encik Adam ni pun orang Sabah, asal Tawau.
Jenab lelaju buat muka eksaited "Ohhh!"
Interviewer 1: Okaylah, kita pun dah tak ada soalan. Yvonne ada nak tanya apa-apa tak?
Unt cakap, kalau diaorang tanya macam ni, sekurang-kurangnya kita tanya 1 atau 2 soalan untuk menunjukkan kita betul-betul berminat dengan kerja ni. Jadi Jenab tanyalah "Berapa kekosongan untuk jawatan ni?" Interviewer 1 jawab "Ada 15 kekosongan sahaja sebab tu Yvonne kena betul-betul buat persiapan sebab kena bersaing," Jenab angguk tanda setuju. "Em, bila saya boleh cek keputusan temuduga ya?" Jenab tanya lagi. "Dalam masa sebulan," Interviewer 1 jawab sambil tersenyum.
Jenab minta diri untuk keluar. Baru teringat kasut Jenab tercabut. Laju-laju call Bang Rambo, minta hantarkan selipar sebab kasut dah tercabut teruk. 5 minit lepas tu Bang Rambo datang dengan selipar dan mee hoon di tangan.
27/12/2015 : Tolong adik sepupu isi SPA8 sebab dia tidak pandai isi. Lepas siap, Jenab terus cek temuduga.
Tarikh Tutup Urusan :01/09/2015 No. Urusan :(SS20150043) Status Urusan :LANTIKAN TETAP Tahniah! Anda telah berjaya temu duga (tertakluk kepada semakan dokumen dan maklumat individu, pengiktirafan kelayakan dan tapisan keselamatan). Kementerian/Jabatan :JABATAN PERPUSTAKAAN NEGARA,PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA,BAHAGIAN PENTADBIRAN,232 JALAN TUN RAZAK, 50572 K.LUMPUR Jenab speechless! Happy & Sad! Kalau dapat di KL, macam mana? Heh! Hari tu bukan mai lagi saya terima! Salah satu azam tahun ni, untuk dapatkan zuriat. Habis tu macam mana? Tidak mahu tolak, sebab bukan senang dapat kerja dengan gov lagipun 2 tahun sudah Jenab menganggur. Bila bincang dengan Bang Rambo, dia suruh pergi seja. Tapi Jenab tetap mau di KK. Jenab tidak pandai jalan di KL tu. Dulu zaman study boleh dikira berapa kali seja Jenab berjalan di sana tu. Doakan Jenab dapat tempat di KK ya kawan-kawan. Sekarang masih menunggu surat, fuh! p/s : Yvonne = Jenab, Bang Rambo = Ze Husband :D |
1 comments:
Hai syarifah, saya dapat di kolej komuniti kuala langat banting. Kamu dpt di mna?
Post a Comment