Thursday, October 15, 2015

Spicy Chicken with Nuts

Assalamualaikum...

Tiba-tiba seja Jenab ada idea mau menaip. Hebat! Ini satu keajaiban! Yihaa! Okay, tiba-tiba *berulang la pulak* mau share resepi ayam pedas dengan kacang 

Sebenarnya, resepi ni Jenab dapat masa tengah semangat cari resepi spicy chicken ala korea dari website Maangchi tapi memandangkan Jenab amatlah malas mau mencari bahan susah-susah maka terjadilah resepi yang sudah diubahsuai ini.


Bahan perapan ayam

1. Chicken wings ~ Ikut suka berapa banyak mau guna.

2. 1/2 sudu kecil garam*

3.  1/2 sudu kecil black pepper*

4. 1 sudu kecil halia yang dicincang. *

5. 2/3 cawan tepung jagung.

Cara-Cara

1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Gaul dengan bahan * kemudian perap 15 minit.

2. Selepas perap, salutkan ayam dalam tepung jagung. Squeeze ayam kuat-kuat supaya tepung jagung melekat.

3. Goreng macam biasa dengan api kecil, ketepikan.

Tips : Supaya ayam lebih ranggup, selepas goreng semua ayam tadi. Goreng sekali lagi dengan api kecil selama dua minit. InsyaAllah ranggup. :)


Bahan Sos

1. 2 sudu makan minyak masak.

2. 4 ulas bawang putih ~ dimayang halus

3. 1/4 kicap cair (Soy souce yang kicap selalu cicah sushi tuuu~~~)

4. 1 sudu makan cuka

5. 1/2 sudu makan gula/ 1 sudu makan gula perang

6. 1 sudu makan cili boh/cili kering yang sudah diblend..

Bahan lain-lain

1. Kacang tanah yang sudah dimasak tanpa minyak & ditumbuk kasar.

Cara-Cara
1. Panaskan 2 sudu minyak masak tadi, lepas tu masukan bawang putih dan chili boh hingga naik bau.

2. Kemudian, tambah kicap cair & cuka. Kacau perlahan. 

3. Masukkan gula tadi, tunggu sampai berbuih-buih baru masukan ayam yang kita goreng tadi. 

4. Rasa. Kalau sudah okay, pindahkan dalam pinggan. Tabur kacang yang ditumbuk kasar. Hidang.

Siap! Senangkaaannnnnn??? Gambar?? Ala, Jenab tiada pula gambar-gambar lepas masak tu. Sebab resepi ini ditaip ditengah malam bukan masa memasak ya. Nanti kalau Jenab masak ayam ni, laju-laju Jenab masukan dalam ni ya! 

Okay.. Good night! Assalamualaikum! Selamat mencuba :)

0 comments:

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template