Assalamualaikum
Hari selasa tu sekitar jam 7, mama call bagitau Joshua (Genap berusia 1 tahun pada 27hb okt) masuk hospital di kecemasan. Jatuh dari tilam katanya.
Correction untuk yang membaca di pencicip hari tu.
Joshua sebenarnya bukan terjatuh dari tilam.*Sila imagine* Joshua berpegang pada kerusi yg beroda dan berdiri untuk membuka pintu bilik yang tidak ditutup rapat.sebelah tangan memegang kerusi sebelah lagi cuba membuka pintu tapi disebabkan kekuatan untuk berdiri itu belum ada dia terhempas di lantai. Bibir Chua berdarah aunty Sintah cakap may be dia tergigit. (Aunty Sintah cerita ini berdasarkan kedudukan kerusi dan tempat Chua jatuh)
Masa kejadian jam 8 malam hari selasa. Hari rabu jam 3 petang, Joshua start muntah dan pucat. Dalam 2 3 kali muntah terus tidak sedar. Aunty dan uncle bawa pegi hospital keningau untuk pemeriksaan. Amazingly para staff di sana suspect Joshua kena meningitis based on test ketuk-ketuk di lutut sebab Joshua tiada reaction, then aunty bagitau yang semalam Joshua terhempas. sekali lagi amazingly diaorang berkeras itu meningitis dan infomasi yang aunty bagitau dia terhempas semalam tidak dilayan. Darah Joshua kena ambik dan diaorang run test.
MA : DIa ada terhempas ka ni?
Aunty Sintah : Sudah saya cakap kan tadi. *marah*
Staff hospital scan kepala Chua dan ada pendarahan dalaman. Ada darah beku di kepala sebesar 8 X 6 dan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Staff hospital call hospital likas sebab hospital keningau tiada pakar. Dalam jam7 atau jam 8 malam mama inform diaorang mau pegi kk tapi ambulans tidak gerak pun. Jam 11 dia orang gerak dari keningau. sekitar jam 1 sampai di Hospital Likas. Dan aku sebak tengok keadaan Chua. Sedih.
Jam 2 Chua masuk dalam dewan bedah dalam jam 5.20 pembedahan Chua selesai. Chua masuk ICU untuk pemantauan. Chua kena bagi ubat tidur supaya dia tidak banyak gerak dan tidak kesakitan. Baru petang tadi pegi tengok Chua mata dia membengkak, demam lagi. on off demam. tangan sebelah kanan tempat cucuk untuk saline segala tu bengkak. kepala Chua kena tebuk untuk keluarkan baki-baki darah dalam kepala tu Kaki dia sejuk :( badan dia banyak wayar. kesian :( Ya,ALLAH sembuhkanlah Chua :(
Baru kejap tadi uncle call bagitau Chua sudah scan d queen. Alhamdulilah darah beku sudah tiada ada baki pun sikit seja nanti mau buka bantuan mesin penafasan tu dan doktor mau Chua bernafas sendiri. Tapi masih akan dipantau di ICU.
Chua, mesti kuat okay? Semua mau Chua sihat macam dulu, senyum macam dulu. Semua sayang Chua.
Tolong doakan Chua supaya dia sihat cepat dan tiada apa-apa kerosakan pada otak. Doakan supaya Chua sihat macam dulu. Terima kasih semua. :(
Thursday, November 01, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Harap teda apapa. Get well soon!
semoga Chua kembali sihat macam sbelum ni.. banyakkan berdoa, insya Allah, ok jgk tu..
Semoga Allah menyembuhkan Joshua. Semoga dia kembali sihat, ceria dan tersenyum seperti dulu. Amin ya rabbal alamin!
Post a Comment