Friday, April 13, 2012

Jangan buka pintu!!

Assalamualaikum

Hari ini ialah hari yang sangat kurang bernasib baik untuk saya.It's not because of the 'Friday 13th' yang orang sibuk post di twitter atau di faceebook. Memang ALLAH takdirkan hal ini terjadi pada saya hari ini sebagai pengajaran kepada saya mahupun kepada sesiapa yang sudi membaca N3 yang agak serius ini.

Tepat jam 12 pm saya dikejutkan dengan bunyi ketukkan yang kuat di pintu ofis. Saya pun jenguk pada lubang yang ada di pintu.  Seorang lelaki berbaju merah sambil memegang kertas berada di luar. Saya membuka pintu hanya untuk bertanya lelaki tadi.Sebelum sempat saya bertanya pintu itu dirempuh masuk dan dia bersuara.

"Saya mahu berjumpa dengan bos kamu"

Saya bertanya : Kamu sudah menghubungi bos saya?" Lelaki tadi mengangguk. Saya tanya lagi nama siapa dan dari mana. Lelaki tadi bagitau yang nama dia Azman.Kemudian saya menelefon bos unutk bagitahu yang lelaki ini datang untuk berjumpa bos dan bernama Azman

"Dekat dah ni.Suruh dia tunggu" pesan bos

Saya memberitahu si lelaki yang bos saya akan tiba sekejap lagi.Dia mengadu yang dia haus. Saya masuk ke pantri dan membiarkan lelaki tadi duduk dalam ofis bos.

Bila saya keluar dari pantri bos call dan saya menyerahkan telefon pada 'Azman'

"Saya tunggu kamu di bawah"

Dia terus mematikan talian. Bos saya call lagi masa itu 'Azman' sudah keluar dari ofis.

"Evon itu bukan Azman.Si Azman di keningau sekarang.Itu lelaki menyamar seja."

Jantung saya macam terhenti sekejap. Rasa takut.Dalam 15 minit bos saya sampai di ofis. DIa bagitahu bahawa dia memang ada kawan bernama Azman dan baru tadi dia call Azman dan Azman memberitahu yang sekarang ini Azman berada di Keningau.

Lepas itu, saya masuk ke bilik bos untuk mematikan aircond dan tersedar LAPTOP bos hilang. bila saya bagitahu laptop hilang.Bos saya terus turun.Setengah jam kemudian saya dibawa ke Balai Polis Donggongon untuk buat report dan diambil keterangan.Tepat jam 4.30 saya keluar dari bilik sarjan.

Selepas itu Sarjan Shamsul datang ke pejabat bersama kamera dan buku untuk mengambil gambar tempat berlaku kecurian tadi.

Saya sangkakann memang dia ada urusan dengan bos saya. Dari pakaian saya mengagak yang dia pekerja di site tapi saya silap. Semua ini harus dijadikan pengajaran baik kepada saya ataupun pada yang membaca.

Syukur alhamdulilah lelaki itu tidak buat apa-apa pada saya. ALHAMDULILAH.

p/s : Sorry ayat agak formal dan maybe tunggang langgang. Sampai sekarang saya masih tidak dapat melupakan wajah lelaki itu.

7 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Nasib baik tu urang tida kasi apa-apa kau oh. Kalau dia stail guna kekerasan ka apa ka, lagi teruk kan. Itu bos kau tida marah juga ka?

-Kyeko Picaa- said...

And i was like, oh ok, like seriously? Mmg menakutkan ok, but i think mcm ada dalamg kali, camana dia tau ada kwn nama azman rite? Ok, positif.

-Kyeko Picaa- said...

This comment has been removed by a blog administrator.

Yvonne Iman Felicianus said...

@Fadzmie Mohamad:iya..bha syukur juga dia x kasi apa2 saya..x..tp xtau la dalam ati..huuhuuhu

Yvonne Iman Felicianus said...

@-Kyeko Picaa-: maybe..tapi sgt menakutkan klo fikir balik.nasib dia x kasi apa2 sa..incik bf marah ah..hoho

Syira Rara said...

fuhh bahaya la..nasib baik awak x diapa-apakan..alhamdulillah..sy baru follow blog awak, kalau ada masa free jemput jenguk blog sy..kalau sudi follow sekali..hehe kalau ada twitter boleh follow menfollow SYIRAcheharun (^_^)

Yvonne Iman Felicianus said...

ya..huhu

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template