Tuesday, August 28, 2012

Hari Raya Saya :)) *Seminggu*

Assalamualaikum

Tahun ini beraya macam tiada semangat raya. Selalu ada seja. Ngee :D

#1
Raya pertama kami semua guna baju warna hijau. Dalam sibuk iron baju puan besar. Ada insisden di mana baju puan besar hangus, jadi berlubang baju tu. Sesi meminta maaf diikuti sesi aku merajuk sebab si sepupu bising baju mak tersayang rosak. Aku dengan air mata cakap dengan dia orang

"Aku tidak mau raya!"

Sesi merajuk berlarutan selepas mandi. Kena panggil makan tapi aku tak menyahut. Namun bila puan besar masuk bilik aku. dia ketawa

" Kenapa kau nangis? Auntie tidak marah pun. Jangan menangis tua sudah kau"

Lepas merajuk aku keluar makan dan aku terima panggilan dari member bagitau pasal arwah.

#2
Beraya di rumah saudara Tuan besar dan soalan tahun lalu masih dikemukakan. Kali ni soalan dia berbunyi begini

Bila tunang von?

Macam biasa aku tersengih seja. Tiada jawapan. kang jawab bulan depan terkejut pula. :p

#3
Esok pakai baju warna coklat. Masa ni panggil family side Tuan besar dan aku dengan sepupu semua berkurung di dapur. Mehmehmeh.. Anak buah yang baiklah katakan. Kalau time tu ada anak buah side uncle datang jenguk dapur confirm sangkut punyalah. Baju siap lipat sampai atas lagi tau pakai glove kuning..


#4
Petang tu aku dengan member (Emmi) pergi rumah arwah. Okay yang bab ni tidak payah cerita lah.

#5
Raya ketiga tu member sekolah bawa beraya. Aku dengan penuh bangga jawab " aku mau tolong auntie aku di rumah" lepas tu aku sebok cerita dengan Puan Besar yang ex-schoolmate bawa beraya tapi aku malas jalan.

" Ni anak ni ah. Pergi sejalah. Bergaul bah! Kau kahwin tiada orang mau datang tau"

Laju aku call kawan yang bawa jalan tu. "Singgah aku di rumah"

#6
Plan mau balik keningau tapi tidak jadi so keluar dengan member wasaber *Dg.Farhanah, Dg.Shazwani, Omen* pegi beraya rumah khuza, irwan jay, kaka wani dan rumah si dg adik beradik :
Gambar ada di facebook ya :D eh adakah ah? tidaks ure diaorang ada kasih masuk atau tidak. Masa ni aku memang banyak diam terutamanya tempat khuza sebab aku belum biasa. Nanti sudah biasa banyaklah cakap tu.

#7
Auntie panggil kawan-kawan dia datang beraya dan masa ni inchik bf dan adik beradiknya datang. So time ni memang time aku kena kacaulah. Soalan hangat hari itu

"Mana satu boyfriend kau von?"

" Jadi bila?"

Masa soalan 'jadi bila?' aku sengih seja. Puan besar yang tukang jawab. PA lah katakan

#8
Petang tu aku ikut pula inchik bf balik tenom. Pergi beraya, sekali la jumpa mak abah dia. Ada gambar adik inchik bf dengan aku. Kamu mau tengok? nah :

Kenal kamu ni budak?
#9
Balik keningau jumpa family. Kononnya mau balik sabtu tu tapi teksi tiada. Dengan tiada baju. Memang aku geram tapi siapa suruh tidak bawa seja baju kan. Lepas tu boleh pula lupa bawa jeans. Hohoho..

#10
malam sabtu bertandang rumah sepupu. Semua cakap aku berisi dan aku sengih ja macam Gary si siput dalam Spongebob Squarepants.

#11
Aku balik papar awal pagi. Sampai dalam jam 10.30. Kemas barang dan bersiap (tukar jeans dan baju) then jalan menuju ke Kota Kinabalu. :p Auntie bagi seratus seorang then shoping sakan si sepupu yang aku cuma follow. Duit tetap kurang walaupun tidak shoping! puih! dasar minah reload!

sekian seja cerita raya yg pendek ini.. :))






Tuesday, August 21, 2012

Muhd Zulkernanin Tempi 1990 - 2012

Assalamualaikum

Hari ini aku pergi rumah arwah. Ramai sangat orang dan jantung aku hampir tercabut bila bapa arwah peluk salah seorang dari kami *lelaki juga yang kena peluk* sambil cakap "Fiq, tiada sudah si Zul" *(arwah anak lelaki tunggal.)
Aku sedih sangat tapi aku tahan sebab aku tidak mahu orang cakap aku lenih-lebih sedangkan girlfriend arwah yang sudah lebih 7 tahun bersama dia boleh kuat dari aku. Kenapa aku pula kena lebih sedih dari dia sedangkan kami hanya 'kawan' selama 3 tahun. no!bkn 3 tahun. 2 tahun setengah seja. ya!

Kami putus sebab kami jauh dan masa tu kami budak-budak. So sukati seja mau couple sukati seja mau break *puppy love la katakan* kenal arwah pun sebab muka aku sama dengan crush dia. Arwah bagitau dia suka aku dan dan time tu aku lak malu-malu kucing. Tapi lepas tu aku suruh cousin arwah bagitau arwah yang aku terima dia *hewhewhew* tapi lepas tu kami putus kejap tapi sambung balik sampailah aku masuk form 3 dan aku sekolah di Keningau. Jauh kan masa tu hati tidak sekuat mana pun so aku ambik haluan aku dia ambik haluan dia.

form 4 aku pindah balik papar dan sekelas dengan arwah. Masa tu memang dah tidak layan sangat bukan apa sebab rasa malu dan rasa sakit hati dengan arwah. Tapi rasanya bulan 2 atau bulan 3 macam tu kami okay dah, boleh cerita baik punya! rasa sayang memang sah sah dah tak ada lah. Form 5 arwah pindah sekolah, jumpa pun masa spm ja. Last lah jumpa masa tu. Contact dari fon seja itupun dia minta number fon aku dari kawan baik aku.

Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh

Apa yang aku boleh cakap pasal arwah ialah arwah mementingkan family dan arwah seorang kawan yang baik. masa kami dah tiada apa-apa arwah tidak pernah berhenti contact aku cuma aku yang tidak mahu layan. Sebelum puasa arwah ada minta number fon tapi aku tidak mau bagi. Aku tak mau arwah contact aku sebab aku anggap tiada kepentingan untuk aku. Tadi member cerita dia bagitau yang arwah memag habis-habisan mau number fon aku bila dia bagitau arwah yang aku tak mau bagi arwah cakap member aku ni penipu. Lepas tu arwah cakap nanti balik papar arwah mau jumpa aku. :'(

Aku terkilan! Rasa sebak sangat sebab aku tak bagi dia peluang untuk contact aku. Rasa menyesal sebab aku ego dan aku hanya fikir rasa marah aku dengan dia. Tadi masa datang rumah arwah tengok sendiri arwah kaku aku menangis. Dan ada satu perasaan yang menular dalam diri MENYESAL! ya aku menyesal sebab aku fikirkan marah aku sedangkan dia tetap cari aku walaupun cerita aku dan dia sudah lama berhenti. Aku hanya fikir diri aku dan aku salahkan dia atas apa yang jadi dulu.

Tadi sebelum balik aku peluk kakak dia dan kakak dia pesan untuk simpan semua kenangan aku dengan dia masa kami sama-sama dulu dan itu tambah buat aku sedih. Aku sedih! ya! *lap air mata*
kakak dia cerita yang arwah accident tu betul-betul depan hospital.  tambah aku sebak dengar kakak dia cerita pasal arwah. Arwah ada call mak dia bagitau yang dia bagi peluang orang berkeluarga beraya dan sudah 3 tahun tidak balik beraya dengan family. T_T

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Aku minta maaf Zul.

T_T
yvonne felicianus

Monday, August 20, 2012

Al-Fatihah untuk dia :'(

Assalamualaikum

Kali ini saya menulis dengan hati yang sebak dan perasaan yang hambar. Semalam (19/8/2012) seorang yang bergelar kawan telah pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah untuk Zulkernain Tempi.

Kami mula kenal masa kami di tingkatan 1 (2003). Berkenalan semasa orientasi sekolah dan disebabkan muka saya seiras dengan crush dia. Saya sangat tidak suka dia sebab saya rasa dia pelik tapi lama kelamaan ya i think i like him.

Yeah!i like him :D

i like him a lot

Haahahha lepas tu sudah tidak LIKE lagi masa form 3 sebab saya pindah sekolah. tapi form 4 saya pindah balik pergi sekolah lama dan kami sekelas :)

apa yang saya boleh cerita pasal dia ialah dia seorang lelaki yang baik dan kawan yang baik cuma saya seja yang jahat sebab setiap kali dia contact saya, saya tidak akan layan.

Pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan dari seorang kawan (faseha) bagitau saya pasal bad news ini dan dari pagi tadi sampailah sekarang saya terbayang-bayang muka dia,cara dia bercakap, cara dia makan.

Sebelum dia meninggal, dia pernah minta number saya dari member tapi saya larang member saya tu bagi. Sekarang saya rasa terkilan sebab tidak ambil kisah dengan permintaan dia. Saya tidak sempat minta maaf dengan dia. Saya tidak sempat untuk wish dia happy dengan girlfriend yang sepatutnya menjadi tunanganya pada bulan november ni.

"Zul! Saya mau mnta maaf dengan kau. Saya tahu dari saya bergelar si yvonne sayang sampailah bertukar jadi yvonne banyak salah silap sama kau. Dan yang minta number fon tu saya minta maaf juga. Sorry Zul. I wish i can talk to you right now. Terima kasih juga sebab sudi jadi kawan saya yang sentiasa mahu komunikasi antara kita. Semoga kau tenang di alam sana Zul.Amin "

Al-Fatihah
zulkernain tempi
1990 - 2012

assalamualaikum.
 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template