Thursday, November 08, 2012

Cap Ayam

Assalamualaikum....

Hari ni Tuan tanah mau cerita pasal kes curang yang tuan tanah bagi jenama cap ayam sebab tuan tanah suka makan ayam *okey2 tiada kaitan*

Barang cap ayam ni memang sakit tapi rasanya semua prefer kena benda ni masa masih tengah hangat bercinta di bawah kulung. Hewhewhew.. Kalau kena masa sudah kahwin agak parah juga tu. Saya selalu terlibat banyak kes curang ni samada yang single mahupun yang sudah berkeluarga. Terlibat yang saya maksudkan di sini ialah terlibat menenangkan, menberikan sokongan, dan mendengar luahan.

Kalau yang sebaya saya atau yang muda saya berani bagi nasihat tapi kalau yang tua dari saya, saya dengar dan dengar saja. Kakak sepupu saya boyfriend dia curang dengan xgf dia so selama tinggal dengan dia saya mendengar setiap perbualan diaorang. Kalau diaorang bergaduh pun saya dengar juga, nasib baik masa tu saya tidak bibiran. :p

Dan ada yang sudah berkahwin, suami dia curang, kebetualan masa tu balik kampung dan pergi melepak di rumah dia mau jumpa anaknya tapi jadi sesi luah perasaan pula. Masa tu saya dengar penuh perhatian sebab aunty tu menangis teresak-esak. Apa yang boleh saya cakap masa tu " Tidak apa aunty, biar seja diaorang, what comes around goes around. Kalau dia boleh buat aunty begitu tidak mustahil dia buat dengan orang lain" bila puan besar (Aunty Illa) tau saya cakap begitu teru saya kena marah. Haha! Dia cakap tidak sesuai mau cakap begitu sama orang tua saya masih budak (Masa saya form2)

Masa study d MUCH dulu ada kawan seorang dua yang kena barang cap ayam ni, masa tu memang saya bagi nasihat kawkaw tapi bila dia nangis, saya pun nangis jadi tiada yang dapat tenangkan kami. Haha!

This week 2 orang kawan saya kena barang cap ayam ni. Yang sorang tu saya tidak kisah sangat sebab dia seumur saya jadi saya tau dia boleh handle. Yang sorang ni macam adik la so saya  nasihat apa yang perlu sebab  tidak mahu dia buat apa yang pernah saya buat masa saya kena barang cap ayam ni.

2010 tahun saya kena barang cap ayam. Si lelaki bercinta lagi dengan xgfnya masa saya di sabah tengah praktikal dan dia tengah praktikal di selangor. Tiba-tiba seja mau guna number maxis dan celcom selalu tidak dapat contact rupanya siok dia kenakan saya barang cap ayam ni. Dia berkasih sayang dengan EX-gf dan saya sangka dia pencinta yang setia di semenanjung. Omai!Allah mahu buka mata saya kali bila kedapatan ada SYG dalam fon, dia tulis number fon gf dia di ruang number utk praktikal dan saya siap betulkan lagi. FYI number semua sama kecuali 1 digit belakang (number si leleki 017-7523343 tapi number yang dia tulis 071-7523344), That girl add me on facebook and publish gambar diaorang deting di wall. Ada 1 hari tu si lelaki tidak contact saya so saya saja call number 017-7523344 tu dan yang menyambut itu kenal saya.

"Ini evon eh? Ini N bukan nama sebenar."

"N?"

"AAh.. Si R tidak bagitau kau ke yang kitaorang dah couple dari bulan 7 lagi?" *masa tu bulan 10"

Jeng..Jeng..Jeng

Hancur hati comel saya ni :P kena tipu. Kami break dan saya buat 1 benda bodoh which is saya terima dia balik. Saya bagi dia 2nd chance. Tapi it didn't work the way we want it. Kalau juga bergaduh hari-hari memang bikin sakit jiwa. Ending dia kami break juga. Break yang bergaduh teruk.

 So, I don't want that happen to cik Red. I just hope that everything will be okay between them since they still love each other and I hope the boy learn his lesson. Cik red!I'll be here every time you need me.

p/s: Jangan menyampah dengan entri kali ni. Baca dengan senyuman ye :)



Thursday, November 01, 2012

Pray for my Little cousin.

Assalamualaikum

Hari selasa tu sekitar jam 7, mama call bagitau Joshua (Genap berusia 1 tahun pada 27hb okt)  masuk hospital di kecemasan. Jatuh dari tilam katanya.

Correction untuk yang membaca di pencicip hari tu.

Joshua sebenarnya bukan terjatuh dari tilam.*Sila imagine* Joshua berpegang pada kerusi yg beroda dan berdiri untuk membuka pintu bilik yang tidak ditutup rapat.sebelah tangan memegang kerusi sebelah lagi cuba membuka pintu tapi disebabkan kekuatan untuk berdiri itu belum ada dia terhempas di lantai. Bibir Chua berdarah aunty Sintah cakap may be dia tergigit. (Aunty Sintah cerita ini berdasarkan kedudukan kerusi dan tempat Chua jatuh)

Masa kejadian jam 8 malam hari selasa. Hari rabu jam 3 petang, Joshua start muntah dan pucat. Dalam 2 3 kali muntah terus tidak sedar. Aunty dan uncle bawa pegi hospital keningau untuk pemeriksaan. Amazingly para staff di sana suspect Joshua kena meningitis based on test ketuk-ketuk di lutut sebab Joshua tiada reaction, then aunty bagitau yang semalam Joshua terhempas. sekali lagi amazingly diaorang berkeras itu meningitis dan infomasi yang aunty bagitau dia terhempas semalam tidak dilayan. Darah Joshua kena ambik dan diaorang run test.

MA : DIa ada terhempas ka ni?

Aunty Sintah : Sudah saya cakap kan tadi. *marah*

Staff hospital scan kepala Chua dan ada pendarahan dalaman. Ada darah beku di kepala sebesar 8 X 6 dan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Staff hospital call hospital likas sebab hospital keningau tiada pakar.  Dalam jam7 atau jam 8 malam mama inform diaorang mau pegi kk tapi ambulans tidak gerak pun. Jam 11 dia orang gerak dari keningau. sekitar jam 1 sampai di Hospital Likas. Dan aku sebak tengok keadaan Chua. Sedih.

Jam 2 Chua masuk dalam dewan bedah dalam jam 5.20 pembedahan Chua selesai. Chua masuk ICU untuk pemantauan. Chua kena bagi ubat tidur supaya dia tidak banyak gerak dan tidak kesakitan. Baru petang tadi pegi tengok Chua mata dia membengkak, demam lagi. on off demam. tangan sebelah kanan tempat cucuk untuk saline segala tu bengkak. kepala Chua kena tebuk untuk keluarkan baki-baki darah dalam kepala tu Kaki dia sejuk :( badan dia banyak wayar. kesian :( Ya,ALLAH sembuhkanlah Chua :(

Baru kejap tadi uncle call bagitau Chua sudah scan d queen. Alhamdulilah darah beku sudah tiada ada baki pun sikit seja nanti mau buka bantuan mesin penafasan tu dan doktor mau Chua bernafas sendiri. Tapi masih akan dipantau di ICU.

Chua, mesti kuat okay? Semua mau Chua sihat macam dulu, senyum macam dulu. Semua sayang Chua.

Tolong doakan Chua supaya dia sihat cepat dan tiada apa-apa kerosakan pada otak. Doakan supaya Chua sihat macam dulu. Terima kasih semua. :(



 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template