Tuesday, November 29, 2011

Alhamdulilah...

Assalamualaikum

Saya mahu menaip lagi.

Kenapa?

Saja.Mau share kegumbiraan hari ini.

Hari tu 8.11 hari kecewa saya bila saya naik bukit then terturun dari bukit rendah di kawasan litar  tersebut.Keluar dari perut kereta berserta wajah yang sugul *Pftttt* dan juga kecewa sebab saya tahu saya gagal JPJ.Ah.Lemas!

14.11 sepatutnya ujian ulangan JPJ saya. Tapi Si kakak kerani call dan bagitau.

"Adik Yvonne.Nama kamu kena tolak sebab tempoh ujian JPJ kamu belum sampai seminggu"

Saya mengiyakan saja walaupun dari pengiraan saya sememangnya 14.11 ialah seminggu selepas kegagalan saya dalam ujian JPJ.
sekali lagi. AH.Lemas!!

29.11 iaitu hari ini saya dengan penuh keberanian cakap dengan pegawai JPJ yang hensem bernama ANDY.~lalalalal~

"Saya mau guna kancil boleh?Saya tidak yakin tu Viva." (ada sejarah dengan VIVA)

Luckily dia okay seja.Then bermulalah ujian JPJ yang buat saya terasa macam mau muntah, mau berak buang air besar.Then bila sampai turn saya. Saya excited sebab guna kancil. ~btw apa beza dengan Viva.Kereta juga kan~  akhirnya setelah berhempas pulas saya LULUS dan berjaya mendapatkan lesen P

BOLEH LEKAT DI KERETA SAYA YANG BELUM ADA LAGI


ALHAMDULILAH

^_____________________________________________________^

Saya dah start angan-angan..Hehehehe

MAU INI AhSyAw =)



Boleh lekat P di belakang dan depan kereta.Hehehe


p/s : Saya hitam sudahhh


Lots of Love
Me =))

Thursday, November 24, 2011

That Man

Assalamualaikum..

Ya.That Man.

Sekian ~~~

Hehe okeh tiada kaitan sebenarnya.Title di atas tu sebenarnya tajuk lagu.OST secret Garden.Siapa pencinta drama korea sah tahu ceita ni. Tujuan asal mahu cek komen saja.Tapi terasa macam jari ni mahu menari-nari di papan kekunci komputer si Tuan Besar.  Actually hari ini ialah hari sedih saya.Macam-macam ayat saya dengar hari ini dan buat hati saya



Ayat paling power hari ini :

Matanglah sikit.Ini bukan disneyland.Bukan kamu seja yang hidup di dunia?Kenapa tiba-tiba kamu jadi macam ini?Sebelum ini okay kan?Ah.Lemas!saya mahu kerja.


[[[SEDIH]]]

Lots of love,
Me

Tuesday, November 22, 2011

Pahit manis kehidupan.

Assalamualaikum.

BIla last saya buat entry? Ya.Lama dah saya tidak bercerita perihal kehidupan saya yang ada manis dan juga pahit.Saya kekurangan idea sebenarnya.Tapi selepas mendengar lagu Christina Perri - Thousand years terasa macam mahu bercerita kapada anda-anda yang sudi membaca dan meninggalkan komen ~Agak2 ada atau tidak yang membaca?~

Tertekan.
Ya.Saya tertekan.Saya menangis.Saya give up.Bila saya masuk website SPA8 dan permohonan saya tidak menepati kelayakan yang ditetapkan suruhanjaya.

Lebih sedih
Apabila semua orang push saya untuk buat something di luar kemampuan saya.Adakah saya perlu paksa para majikan untuk ambil saya bekerja untuk memuaskan hati semua?Saya hanya datang interview dan berharap si majikan akan call dan ambil saya bekerja.

Menahan air mata
apabila segala-gala mula diungkit.Dari A-Z.Semua dibongkar dan mematahkan semangat serta membuat saya terasa sangat menyusahkan semua orang.Lemas!

DAN

Alhamdulilah.
Saya dah dapat kerja atas bantuan dan pertolongan dari sahabat saya Kiko Pekerjaan yang lari dari kos yang saya ambil masa belajar dulu but who cares?As long as kerja itu halal dan boleh bagi saya duit untuk settle PTPTN saya. Terima kasih kawan.

Berharap
Semuanya akan okay dan saya cepat belajar untuk memeudahkan saya bekerja.Doakan saya kawan-kawan semua.

Lots of love!
Me :)

Friday, September 02, 2011

Hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum.

Hari ini saya bertemu bakal mentua insyaALLAH.Tiba pada jam 10.Di ambil oleh encik ahsyaw di simpang seja. Nampak rumah dia.Sikit mati sebab telampau takut.Rupanya di rumah ada bonda dan adik-adiknya.
and then bersalaman dengan bonda dan si adik yang bongsu sambil berkata dalam hati.

'friendly giler die ni' (tiba-tiba keluar slang semenanjung)

Before ni saya dan si bogsu cuma contact melalui henfon (Ketak ketak bunyi ibu jari tekan semes) tiba -tiba Ayahanda balik dari sekolah dan menegur saya.

Mana tudung?

Saya hanya menjawab dengan senyuman paling manis di dunia.Nasib baik Bonda back up.Saya terus bangun menyanyi lagu k-pop 4 minute -hot issue. Okeh itu saya tipu. Saya sunyum seja. Si adik lelaki menangkap gambar saya dan si bongsu.Hampir mati juga sebab takut kelihatan dagu mahal (double chin) hak hak tuih! Si bongsu memberikan arahan

Pegi kau di belakang si ahsyaw.saya mau tangkap gambar.

Oleh itu saya terus menuju ke tempat yang diarahkan.(Gila skema bha ayat.tidak boleh blah betul lah!) Pas tu balik... dan si Ayahanda menegur lagi pasal tudung.The best part is saya dapat salam Ayahanda..Hahahah..okay siap sudah merapu ni. Jom tidurrr ^_____^





Hari Raya saya :) (30 dan 31 ogos juga 1 sept)

#1
Guna baju warna oren. Beraya di rumah sedara mara uncle saya. Kalau dulu saya kena bagi duit raya tapi kali ni saya ditanya soalan pula.

Bila kawin ni?


 Saya tersipu malu macam kera minta tampar sunyum lebar-lebar sambil teringat Edward Cullen.

#2
Pergi rumah bestfriend uncle saya and guess what. Saya kena bagi duit raya, ^______________^ lebar senyuman saya bukan?Heee!Dengan penuh sopan tetapi tidak santun saya bertanya


Aik!21 pun dapat jga ka?


Tetttt kedapatan. Suka sebenarnya dapat duit raya, Mengembalikan nostalgia umur 15 taun. Ahakss.Paling manang kena sangka masih ambik SPM.Saya hampir menjawab "Iya" tetapi laju dijawab oleh PA (Puan Besar) "aiii tidaklah.21 sudah ni"

#3
Menitiskan air mata pada malam raya pertama atas sebab-sebab yang tidak dapat diterangkan di sini. Pada saat dan ketika ini air mata begitu banyak dibazirkan.

Kenapa kau buat begini?Fikirlah bha bilang sudah makan garam duluan dari saya


Mengadu sama kakak yang berada di FILIPINA ketika ini.Hampir gila!

#4
Bangun pagi dengan teguran sebegini

Kenapa mata kau bengkak?


Menjawab dengan penuh perasaan

Tengok CSI semalam.


Si tukang tanya mengaru kepala yang saya tau tidak gatal.

#5
Guna baju werna ijau.Beraya dengan schoolmate juga classmate.Wahhhh siukk.Gambar-gambar di FB iya.Penuh dengan imbasan memori sekolah dan gelak tawa.Paling manang.SAYA punya ketawa.

#6
Dari jam 12 lebih sampai jam 11 lebih (malam) baru balik.Nasib baik Puan besar dan Tuan besar okeh.

You ROCK!!!yeyeh!!!


#7
Sebelum tidur hati masih gundah gulana.Masih bertanya soalan yang sama seperti #3 uwaaaaaaaaaaaa
buat perbincangan dengan ABANG KAWASAN.Akhirnya saya terpaksa menurut perintah.Kalau tidak dia panggil MAIL LAMBUNG.

#8
UPLOAD gambar raya bersama Warga SMK BENONI SPM '07.salah seorang tu is my BFF Kiko TF
Happy Gila tengok gambar tersebut di'UPLOAD' heeekkkk

#9

TIdur dengan hati yang SEBAL terus macam mau menyanyi lagu keep holding on.Sekali lagi teringat Edward Cullen.

#10
Bangun jam 9++ (Nah siapa mau kawin saya sedia seja la terima hakikat bakal bini bangun lambat.Kemudian dikunyanyang 


Bangun awal rezeki masuk.


Dalam hati 'Arus di post di fb ni.Sekali buka fb adik sudah duluan post.Pegi LIKE sejalah.'

#11
Prepare aing (air) oren untuk dihidangkan. Tapi perut berbunyi "Dang!lapar ku eh' lalu saya mengisi perut dengan nasi goreng dan ikan masin masak lada putih.Brupppp!KENYANG! yeah!

#12
Call edward cullen tanya buat apa. Si edward baru membersih rumah.kami cerita sikit sinopsis hari ini lepas tu dia bilang dia mau chow mau pegi suck darah kambing di belakang rumah MAIL LAMBUNG.

#13
Datang sedara yang ke 2300 beraya. Saya potong kek sukulet. Agak pelik kenapa tidak pandai banyak di piring rupanya saya makan sambil potong tu kek.LOL!Teringat lagi si Edward Cullen

Mau kek kawin begini lah :D


#14
Lepas tu sedara ke 2300 pulang.Kami bersiap mau pegi beraya rumah orang.Soalan hari ini: Bujang sudah eh anak buah kitani.Ada sudah calonnya?Mun belum ada.Ada kan ku kasih kenal.


Sekali lagi saya tersenyum lebar ^___________________________^ teringat si Edward Cullen.terus semes si Edward

Bila kau mau gigit saya ni.Saya mau kena kasih kenen2 sudah ni

hancur hati saya tidak kena balas.Terus saya buang hati saya di sungai supaya captain jack sparrow boleh jaga.*blushing*

#15
Makan mee hoon daging di rumah member Puan Besar. Hampir mati sebab ladanya sangat pedas. Sempat lagi cabut anak tekak cuci di washing machine.Okay!itu tipu. Soalan kedua hari ini : Bila kawin von?


Sikit mati sebab PTPTN 60ribu mau bayar tiada yang mau kawin saya.  :(

#16
Sampai rumah.Cuci piring dan kemas ruang tamu sambil review gambar hari ni.Dalam hati

Wah!makin cantik saya!


Okay!boleh muntah sikarang!

#17
Mesej edward cullen.Malangnya emosi menguasai saya.terus stop semes. Saya tengok the gates dengan arapan boleh belajar cara-cara hisap darah manusia atau cara-cara mau jadi warewolf.

#18
Tengok GLEE S1.Happy sebab si Terri kedapatan menipu dia mengandung.

#19
Online seja. Buka nyawa kedua pesbuk. Komen-komen dengan uncle dan kazen pasal muka saya macam selena gomez di fesbuk.

#20
Menaip dengan penuh perasaan untuk tatapan si FOLLOWERS terHEBAT.(Adakah orang bacab post saya ni ah?)

Nitezzzz..Assalamualaikum!!!









Monday, August 15, 2011

Saya Seorang SUPERWOMAN

 Assalamualaikum

Saya agak kebosanan lalu ternampak N3 si miraaaaaaa dan si AKI si tukang karut...Jom!Saya mau ikut ini segmen.Mau kasih tambah tinggi diri yakin diri.Heheheh



Saya YVONNE IMAN RASYIDAH seorang superwoman sebab

1. Saya boleh menambah berat badan saya yang dulunya cuma 39kg seja.(Maksudnya saya kuat makan laitu)

2. Saya seorang yang mampu berangan bagaikan MINAH JENIN sepanjang hari :p

3.Saya paling sensitap sensitif berbanding kaca.Fragile kunu..

4. Saya seorang yang pemalu tapi mampu mengatasi perasaan malu dengan bercakap sendiri.

5. Saya boleh meminta maaf lebih dari 20 kali.Itu pun kalau saya yang salah lah.  ehek!

6. Saya macam si MIRAAAAA boleh online berjam-jam tanpa rasa lenguh atau bosan dan saya bukan pencinta kucing. (Huh?Apa kaitan?)

Last but not least (Yang paling tiada kaitan) Saya sudah rebonding rambut walaupun saya sudah nekad untuk tidak rebonding lagi..

NAH


Friday, August 12, 2011

Ya.Saya.Terima kasih.HUH?!

Assalamualaikum guys...

Beberapa bulan yang lalu saya dapat panggilan telefon yang berbunyi sebegini.

Demi Lovato(Bukan nama sebenar) : Yvonne kaini?
Yvonne yang cantik (Minta tampar sebenarnya) : Iya saya
Demi Lovato : Kenapa kau sms sama boifriend saya?
Yvonne : Huh?Boifreind? Siapa?
Demi Lovato  : Joe Jonas (Bkn nama sebenar)
Yvonne: Oh! Siapa ni ah?
Demi Lovato: Saya ni!Demi Lovato. Kenapa kau kacau boifriend saya?
Yvonne:Huh?Kacau?aii.Tiada saya kacau. Kami kawan dari sekolah lagi.Dia bestfriend saya. Biasalah lama tidak contact.

Tut..Tut..Tut

Oleh kerna saya perempuan yang sangat memahami perasaan kalau boipren diganggu atau di sms maka saya pun berhenti bersms dengan JOE JONAS yang sebenarnya salah seorang daripada kawan rapat saya semasa sekolah menengah dulu. Masa kami form 5 kalau dia ada masalah sama girlfriend dia saya akan jadi orang tengah yang selalu membantu mereka di saat kesusahan. Macam wonderpets.Hehehe.
Saya tidak mahu perhubungan terkini si JOE terganggu disebabkan kami bersemes so saya stop sms dia. Saya kenal JOE JONAS dari sekolah menengah walaupun dia playboy tapi dia tetap sayang girlfriend dia.selang beberapa hari lepas saya dapat call dari Demi Lovato, JOE JONAS call saya tapi saya takut untuk jawab sebab saya tidak mahu girlfriend dia salah anggap lagi. Rupanya JOE JONAS sudah tahu yang girlfriend dia ada call saya.Dia (Joe) semes saya.

Von. sorry ah. Saya tidak tahu dia call kau itu hari tapi saya sudah kasih faham dia. Sorry ah

Saya reply 

Nevermind. Jangan lagi kau curang-curang macam dulu ah Saya tidak dapat tolong lagi tau.Jaga si Demi bebaik ah.:)

MINGGU LEPAS
Joe Jonas tiba-tiba pop out dari chat list saya. Kami chat sebab dia bagitau saya girlfriend dia okay sudah. Saya pun dengan rasa paling okay chat sama dia.
Joe: Kau di mana?Di papar?
Yvonne: Iya. Kau? Ui Gf kau tidak marah ka?
Joe: Dia okay sudah tu. Dia faham sudah. Bha meh la kita jumpa.
Yvonne: Mau p mana juga? Jangan kau bawa saya makan ah. Saya puasa.Hehehe.
Joe: Iya kan. Bha nanti2 lah.
Yvonne: Rayalah kau datang rumah saya. Bawa si Nazrin. Kan dia orang mau buat reunion.
Joe: Rumah cikgu Razali kah?
Yvonne : Yup.
Joe:Okay! :)

SEMALAM

Nombor JOE JONAS terpapar di skrin public phone saya. Saya dengan penuh keyakinan menjawab

Yvonne : Haluu..
Demi Lovato: Yvonne.Si Joe mau jumpa kau ka?
Yvonne: Huh? 
Demi Lovato: Saya tau bha kamu chat di fesbuk. Saya tau dia mau jumpa kau. Kau jumpalah dia. Saya bukan girlfriend dia lagi. Saya penat sudah kena tipu.
Yvonne: Astaga. Jangan kau salah faham Demi. Saya sama si Joe kawan seja. Biasalah kalau lama tidak contact. Tapi saya sama dia tiada apa-apa.
Demi Lovato : Kalau kamu mau berjumpa. Jumpa sejalah. Saya tidak marah juga ni.
Yvonne: Demi. Beginilah ah supaya kau tidak salah faham lagi.Saya sama si Joe kawan rapat dari sekolah menengah lagi. Kalau saya suka dia dari dulu lagi saya copule sama dia. Tapi kami kawan seja. Janganlah pasal ini kau sama dia ada masalah. Saya betul-betul minta maaf sama kau kalau sebab saya kamu jadi begini.
Demi Lovato: Saya tidak marah kau tapi saya penat sudah kena tipu. Selalu dia tipu saya. 
Tut..Tut..Tut..

Saya BLUR yang amat sangat. Mungkinkah si JOE juga menipu saya. Aduh, Adakah sebab saya hubungan dia orang berantakan?Aduh.. Pening!!

Kau jaga dia baik-baik. Saya penat sudah kena tipu.

Demi Sms saya. ADuh!Demi saya tiada perasaan sama dia,Kami kawan baik seja. Guys. Saya salahkah ni ah? Saya kah punca hubungan diaorang jadi begini? Aduh..
 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template