Showing posts with label aL-KISAH. Show all posts
Showing posts with label aL-KISAH. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Disebalik hansel & gretel

Assalamualaikum

Hari tu pergi tengok wayang dengan Bang Rambo. Mau tengok Hansel & Gretel la ceritanya. Masa mau beli tiket tu, Bang Rambo tengok jam

"Awal lagi ni. Baru jam 10.45"

So saya pilih jam 12.10. Lepas beli tiket terus pegi makan. Sedang menunggu ketibaan air, saya tengok hanphone.

12.45PM

"Jam berapa kita tengok movie tu? 12.10 ba kan?"

 Bang Rambo angguk sambil makan sate.

"Jam saya 12.45 sudah"

 Bang Rambo tengok jam di tangan. Lepas tu ambil handphone.

"Ya ALLAH! jam saya mati." (Sambil tunjuk button yang untuk kesi gerak tu jarum jam terbonjol keluar dengan jayanya)

Tiba-tiba sampai pula minuman.

"Jadi macam mana ni?"

 Bang Rambo masi makan.

" Tidak best sudah mau masuk ni. Nantilah beli lain jam lagi"

Mau tengok jam 12.10 tapi beli tiket jam 12.16

Tiket 12.10 masih ada tempat saya. Belum guna lagi :


Friday, January 25, 2013

Belum Boleh

Assalamualaikum

I am the happiest and excited every time I heard about someone getting married. So, once upon a time, there is a man named Bang Rambo and a girl named Jenab. Jenab told Bang Rambo about her friend getting married (she tried to make Bang Rambo talk about marriage about them after she saw his text) and Bang Rambo said :

Seorang isteri mesti rajin. Bukan online 24 jam seminggu.

*Jenab pengsan seminit dua!*



Thursday, November 08, 2012

Cap Ayam

Assalamualaikum....

Hari ni Tuan tanah mau cerita pasal kes curang yang tuan tanah bagi jenama cap ayam sebab tuan tanah suka makan ayam *okey2 tiada kaitan*

Barang cap ayam ni memang sakit tapi rasanya semua prefer kena benda ni masa masih tengah hangat bercinta di bawah kulung. Hewhewhew.. Kalau kena masa sudah kahwin agak parah juga tu. Saya selalu terlibat banyak kes curang ni samada yang single mahupun yang sudah berkeluarga. Terlibat yang saya maksudkan di sini ialah terlibat menenangkan, menberikan sokongan, dan mendengar luahan.

Kalau yang sebaya saya atau yang muda saya berani bagi nasihat tapi kalau yang tua dari saya, saya dengar dan dengar saja. Kakak sepupu saya boyfriend dia curang dengan xgf dia so selama tinggal dengan dia saya mendengar setiap perbualan diaorang. Kalau diaorang bergaduh pun saya dengar juga, nasib baik masa tu saya tidak bibiran. :p

Dan ada yang sudah berkahwin, suami dia curang, kebetualan masa tu balik kampung dan pergi melepak di rumah dia mau jumpa anaknya tapi jadi sesi luah perasaan pula. Masa tu saya dengar penuh perhatian sebab aunty tu menangis teresak-esak. Apa yang boleh saya cakap masa tu " Tidak apa aunty, biar seja diaorang, what comes around goes around. Kalau dia boleh buat aunty begitu tidak mustahil dia buat dengan orang lain" bila puan besar (Aunty Illa) tau saya cakap begitu teru saya kena marah. Haha! Dia cakap tidak sesuai mau cakap begitu sama orang tua saya masih budak (Masa saya form2)

Masa study d MUCH dulu ada kawan seorang dua yang kena barang cap ayam ni, masa tu memang saya bagi nasihat kawkaw tapi bila dia nangis, saya pun nangis jadi tiada yang dapat tenangkan kami. Haha!

This week 2 orang kawan saya kena barang cap ayam ni. Yang sorang tu saya tidak kisah sangat sebab dia seumur saya jadi saya tau dia boleh handle. Yang sorang ni macam adik la so saya  nasihat apa yang perlu sebab  tidak mahu dia buat apa yang pernah saya buat masa saya kena barang cap ayam ni.

2010 tahun saya kena barang cap ayam. Si lelaki bercinta lagi dengan xgfnya masa saya di sabah tengah praktikal dan dia tengah praktikal di selangor. Tiba-tiba seja mau guna number maxis dan celcom selalu tidak dapat contact rupanya siok dia kenakan saya barang cap ayam ni. Dia berkasih sayang dengan EX-gf dan saya sangka dia pencinta yang setia di semenanjung. Omai!Allah mahu buka mata saya kali bila kedapatan ada SYG dalam fon, dia tulis number fon gf dia di ruang number utk praktikal dan saya siap betulkan lagi. FYI number semua sama kecuali 1 digit belakang (number si leleki 017-7523343 tapi number yang dia tulis 071-7523344), That girl add me on facebook and publish gambar diaorang deting di wall. Ada 1 hari tu si lelaki tidak contact saya so saya saja call number 017-7523344 tu dan yang menyambut itu kenal saya.

"Ini evon eh? Ini N bukan nama sebenar."

"N?"

"AAh.. Si R tidak bagitau kau ke yang kitaorang dah couple dari bulan 7 lagi?" *masa tu bulan 10"

Jeng..Jeng..Jeng

Hancur hati comel saya ni :P kena tipu. Kami break dan saya buat 1 benda bodoh which is saya terima dia balik. Saya bagi dia 2nd chance. Tapi it didn't work the way we want it. Kalau juga bergaduh hari-hari memang bikin sakit jiwa. Ending dia kami break juga. Break yang bergaduh teruk.

 So, I don't want that happen to cik Red. I just hope that everything will be okay between them since they still love each other and I hope the boy learn his lesson. Cik red!I'll be here every time you need me.

p/s: Jangan menyampah dengan entri kali ni. Baca dengan senyuman ye :)



Thursday, November 01, 2012

Pray for my Little cousin.

Assalamualaikum

Hari selasa tu sekitar jam 7, mama call bagitau Joshua (Genap berusia 1 tahun pada 27hb okt)  masuk hospital di kecemasan. Jatuh dari tilam katanya.

Correction untuk yang membaca di pencicip hari tu.

Joshua sebenarnya bukan terjatuh dari tilam.*Sila imagine* Joshua berpegang pada kerusi yg beroda dan berdiri untuk membuka pintu bilik yang tidak ditutup rapat.sebelah tangan memegang kerusi sebelah lagi cuba membuka pintu tapi disebabkan kekuatan untuk berdiri itu belum ada dia terhempas di lantai. Bibir Chua berdarah aunty Sintah cakap may be dia tergigit. (Aunty Sintah cerita ini berdasarkan kedudukan kerusi dan tempat Chua jatuh)

Masa kejadian jam 8 malam hari selasa. Hari rabu jam 3 petang, Joshua start muntah dan pucat. Dalam 2 3 kali muntah terus tidak sedar. Aunty dan uncle bawa pegi hospital keningau untuk pemeriksaan. Amazingly para staff di sana suspect Joshua kena meningitis based on test ketuk-ketuk di lutut sebab Joshua tiada reaction, then aunty bagitau yang semalam Joshua terhempas. sekali lagi amazingly diaorang berkeras itu meningitis dan infomasi yang aunty bagitau dia terhempas semalam tidak dilayan. Darah Joshua kena ambik dan diaorang run test.

MA : DIa ada terhempas ka ni?

Aunty Sintah : Sudah saya cakap kan tadi. *marah*

Staff hospital scan kepala Chua dan ada pendarahan dalaman. Ada darah beku di kepala sebesar 8 X 6 dan perlu melakukan pembedahan dengan segera. Staff hospital call hospital likas sebab hospital keningau tiada pakar.  Dalam jam7 atau jam 8 malam mama inform diaorang mau pegi kk tapi ambulans tidak gerak pun. Jam 11 dia orang gerak dari keningau. sekitar jam 1 sampai di Hospital Likas. Dan aku sebak tengok keadaan Chua. Sedih.

Jam 2 Chua masuk dalam dewan bedah dalam jam 5.20 pembedahan Chua selesai. Chua masuk ICU untuk pemantauan. Chua kena bagi ubat tidur supaya dia tidak banyak gerak dan tidak kesakitan. Baru petang tadi pegi tengok Chua mata dia membengkak, demam lagi. on off demam. tangan sebelah kanan tempat cucuk untuk saline segala tu bengkak. kepala Chua kena tebuk untuk keluarkan baki-baki darah dalam kepala tu Kaki dia sejuk :( badan dia banyak wayar. kesian :( Ya,ALLAH sembuhkanlah Chua :(

Baru kejap tadi uncle call bagitau Chua sudah scan d queen. Alhamdulilah darah beku sudah tiada ada baki pun sikit seja nanti mau buka bantuan mesin penafasan tu dan doktor mau Chua bernafas sendiri. Tapi masih akan dipantau di ICU.

Chua, mesti kuat okay? Semua mau Chua sihat macam dulu, senyum macam dulu. Semua sayang Chua.

Tolong doakan Chua supaya dia sihat cepat dan tiada apa-apa kerosakan pada otak. Doakan supaya Chua sihat macam dulu. Terima kasih semua. :(



Tuesday, October 16, 2012

MAKLUMAN


Assalamualaikum :)

Ingat cerita ini 

Saya tengah tunggu keputusan temuduga. Hari ni saya cek. Jeng.. Jeng.. Jeng... Bikin takut bikin suspen bikin tidak dapat tidur, Kawan saya cakap "Malam ni sampai 23 kita manuk sleep lagi"






23.10.2012 hari selesa lah!


Friday, October 05, 2012

I know you evon - inchik BF

assalamualaikum..

#1. Sembang kencang dengan bang rambo/inchik BF.

#2. Aku ckp "tak mau marah-marah sudah.Tak mau balik-balik tanya siapa kau mesej yang penting kau sayang aku"

#3. Dia jawab.. "Okay. But I know you very well dear" sambil buat smiley face.( Aku mula rasa macam mau gigit bang rambo ala ala puteri sarah gigit ammar. :p)

#4. "Aku cukup faham gaya kau. Hari ni kau cakap macam ni esok lain sudah kau buat. evon.. evon" Dia cakap lagi. Sambil geleng kepala

#5. PANNNNGGGG! aku tampar *okey cuma khayalan semata-mata*

#6. "Urghhhhh!" Suara Dinasor aku menjerit dalam hati.

#7. Senyum tidak terkata.

#8. Bang rambo senyum kegirangan. Lagaknya seperti Hero cerita tamil yang baling syiling ada sound effect.

#9. Dia tidak tau jenab punya blog. So aku kutuk dia habis-habisan umpama sailormoon mengalahkan kejahatan. *terlampau tengok tv*

#10. Okay tau boring. Kbai!


Wednesday, October 03, 2012

Her name is Stella Stephen

Assalamualaikum

Semalam saya tengok bridesmaids. And I'm crying like.. T_T
The story is about two best friend, Annie and Lillian. Lillian becomes engaged to a wealthy banker and asks Annie to be her maid of honor. At the engagement party, Annie meets her fellow bridesmaids Rita , Becca, Megan and Helen. Helen and Annie, each jealous of the other's friendship with Lillian, take an instant dislike to each other. Annie suggests a Paris-themed bridal shower, but Helen disparages the idea.  Annie suggests a bachelorette party at Lillian's parents' beach house. Helen overrules her and books a trip to Las Vegas. Out of pride, Annie refuses to allow Helen to buy her a first-class ticket and sits in coach.Because Annie is afraid to fly, Helen gives her sedatives and alcohol. This makes Annie inebriated and paranoid, and her outbursts cause the plane to land in Casper, Wyoming, where she, Lillian and the bridesmaids are escorted off the plane; the bachelorette party is cancelled  On the bus back to Milwaukee, Annie tries to apologize but Lillian tells Annie she wants Helen to take over planning the shower and wedding . Annie travels back to Chicago for the bridal shower at Helen's house. Helen has created an elaborate version of Annie's Parisian theme, then upstages Annie's heartfelt, handmade shower gift by giving Lillian a trip to Paris to be fitted for her wedding gown by one of the world's top designers. Enraged that Helen has taken credit for the Parisian theme, Annie throws a temper tantrum and is kicked out of the shower. Lillian tells her not to come to the wedding either.  - credit to Wikipedia

Okay!
Watching this really makes me cry and miss my best friend so much! I miss her. Part Annie mengamuk masa bridal  shower tu buat saya menangis. Last, saya dan stella gaduh masa kami 19 tahun. Saya faham perasaan Annie bila dia rasa Helen cuba ambil tempat dia sebagai best friend Lilian. Masa form 4 kami pernah bergaduh sebab jealous. *Kami lain kelas* Dia rapat dengan Hidayah dan saya rapat dengan afika. Ya! its stupid but that is friendship. If you fight with you friend like a sibling, she is your BEST FRIEND. Masa gaduh tu her mom ingat dia gaduh dengan boyfriend dia sebab dia menangis then her boyfriend said kami lesbians sebab bila kamu bergaduh macam bergaduh dengan boyfriend * we crying* then dalam purse kami ada gambar masing-masing *gambar boyfriend dia tiada. Sebab tu boyfriend dia jealous dengan saya* Lesbian la sangat! She is my long lost sister *I Guess*  Dia sahabat susah senang, gembira sedih, kenyang lapar, pandai bodoh.  Dia nakal sangat saya nakal sikit bila bergabung jadi nakal sangat-sangat-sangat-sangat-sangat! *okey lebih-lebih pula* 

T_T
Saya rindu mau jumpa kau. Saya rindu kau. Banyak saya mau cerita. I'm alone without you BF. No one want to understand how I feel when He died. If you here I know you will understand me. I want to tell you about bang rambo. I want to tell you everything. I miss u BF! :'( ya.. Saya ada Jessica, Emi ,  Gadik , Wahida dan saya sangat bersyukur ada kawan macam dia orang tapi lebih lengkap dengan adanya kau di sini.

I had to pretend I don't know about you but I actually know and I wanted to know more. After this, please don't make that stupid big mistake again. Take care :'( LOVE YOU <3 nbsp="nbsp" p="p">I'll be waiting for you to come home :)

2010 - Yvonne & Stella



 "You are a part of me, a part that I could never live without. And I hope and I pray that I never have to." - Bridesmaid 2011


Friday, September 14, 2012

pengalaman berharga

Assalamualaikum

sudah baca ini,

Pagi itu aku bangun jam 5.15 itupun masih berkira-kira mau bangun atau bangun jam 5.30 nanti. Mengingatkan pakaian yang belum aku kemas akhirnya bangun juga. selesai aku bersiram terus bersiap tanpa membuang masa sebab aku menumpang Tuan Besar *uncle* kalau lambat boleh berdarah telinga kena bebel awal pagi. Since, interview ni SPA so aku pakailah baju kurung hijau kosong, tudung hitam dan dan dan kasut yang aku dengan inchik BF beli sama-sama hari tu. Kasut bertumit warna hitam dan menutup jejari kaki aku yang panjang ni.

Dalam kereta aku tak rasa mau tidur sebabnya aku nervous. Okay aku tipu ! Sebabnya aku sibuk atur tudung aku yang senget sebelah menyebelah. Rasa macam aku mau teriak seja tapi takut pula kalau uncle turunkan tepi jalan. Herherher *pinjam sat ya encik fadzmie*

Dalam jam 7.30 pagi aku sampai di mini putrajaya tu laju kaki aku berjalan menuju blok A. Disebabkan memakai kasut hiat bertumit tu gaya jalan aku lebih kurang macam Tyra Banks. okay aku tipu. Aku jalan macam orang sakit kaki. T_T memang sakit pun! Masuk ofis SPA tu, ada receptionist tu suruh masuk dan letak surat panggilan temuduga dalam tray yang dia orang sudah prepare. Masa masuk tu ada seorang lelaki tu nama dia Michael. Dia pun datang temuduga untuk jawatan yang sama juga. Lepas aku sampai ada seorang lagi masuk, Lola nama dia. Masa menunggu untuk registration tu ada someone sapa aku. Ingatkan dia interview juga rupanya interviewer ah.

Lepas register, Michael  masuk dulu. Lepas tu turn aku. (aku orang kedua) masa masuk tu jantung punya degupan jangan cakap lah. Kalau boleh belari lama sudah jantung aku lari. Ada 2 orang penemuduga. Friendly. senyum seja. Masa masuk tu aku letak file, surat panggilan temuduga dan resume atas meja penemuduga tu. Interviewer yang pertama suruh ceritakan sedikit latar belakang. Aku punya cerita tu memang aku rasa macam bodoh-bodoh seja sebabnya aku cerita aku belajar di mana dan bekerja sebagai apa. Dia tanya kenapa tidak apply JTMP seja dan aku cakaplah kenapa. Then yang interviewer kedua tu angguk-anguk sambil senyum. Lepas tu interviewer first tu tanya kenapa pilih jurubahasa. Since aku pilih jurubahasa pun tidak tengok deskripsi tugas. Aku goreng seja! Entah apa seja jawapan aku masa tu yang pasti kedua-dua interviewer tu ketawa-ketawa. Dan bermula lah episod jantung aku hampir tercabut.

soalan-soalan dari interviewer kedua tu :

1. Apakah tugas seorang jurubahasa?
aku dengan keyakian menjawab deskripsi tugas yang aku faham dengan kerja ini.

2. Siapakah Ketua Hakim Negara?
Ini memang aku jawab sepantas kilat Yang Amat Arif Tun Ariffin bin Zakaria

3. Senarai mahkamah?Mahkamah tertinggi dan mahkamah rendah
Aku cuma ingat mahkamah persekutuan dan mahkamah tinggi seja. Yang lain aku lupa due to the nervousness  mehmehmeh.

4. Sebutkan 5 rukun nagara
Confirm aku dapat jawab benda ni. tapi seriusly tidak tersusun. Sila gelak lelaju!,

5. Kaitkan kedaulatan undang-undang dengan mahkamah?
Sangat blur T_T * Start jantung mengepam di tahap maksimum!*

5. Siapa menteri menjaga hal ehwal Mahkamah?
Percaya atau tidak aku lupa ni barang! Aku cuma ingat Nazri seja. *Rasa macam mau menanngis*

Dia orang cakap ada apa-apa lagi mau tanya? aku cuma minta tips seja since aku mengharapkan panggilan SPA lagi . Selepas tu interviewer yang pertama tu cakap. "kamu jangan nervous bah itulah kamu tidak dapat berfikir. Nampak muka kamu nervous. Saya nampak kamu membaca-baca pasal menteri tadi di luar takkan sekarang tidak dapat jawab sudah" 

Masa ni kalau diizinkan memang aku menangis. Aku mau sangat kerja ni tapi disebabkan cara aku menjawab, aku cuma mampu berserah. T_T

Lepas interview aku mau tukar baju di tandas. Aku kelam kabut masuk tandas sebab aku kepanasan mau cepat-cepat tukar baju kononnya.Aku berdiri depan cermin usai-usai tudung. Aku pelik kenapa ada ramai lelaki depan pintu tandas. Semua tengok-tengok aku. Aku pusing mata aku betul-betul fokus dengan ini





Tanpa membuang masa aku keluar dan terus masuk tandas perempuan! MALU TAU!!!!! at least dapat meredakan rasa mau menangis aku tu. Miahahahahah!

Temuduga untuk SPA dan masuk tandas lelaki pengalaman berharga buat aku yang sedang mencari kerja. *rasa macam aku nak gelak kuat-kuat bila ingat masuk tandas lelaki!*

p/s : Doakan aku dapat kerja ini ya kawan-kawan.


Sekian saja.

Lotsoflove
yvonne :)

Thursday, September 06, 2012

kefokusan membunuhku!

Assalamualaikum

Sedang fokus!

Fokus!Fokus  untuk jadi penulis macam bang PK *Auta semata-mata*

Fokus untuk memenuhkan ilmu di dada

Fokus yang bersifat sementara.

Fokus terganggu dengan ter'sign in' muka buka dan pencicip.

Fokus lebih terganggu apabila ada nawaitu untuk update blog dengan cerita kefokusan.

Fakus juga terganggu sebab sang cousin telefon semata-mata untuk bertanyakan bagaimana untuk share campign says.com

Lihatlah kefokusan ku belajar :


Sila jangan ambil kisah dengan tulisan cakar kuda itu. Aku hanya mampu mengeleng.

Doakan saya yang akan menghadiri temuduga Isnin ini. Sekian :)


Tuesday, September 04, 2012

Tak jawab dosa,kalau jawab sayang

Assalamualaikum :)

ok.ok.ok before apa-apa, saya mau minta maaf dengan Maria Elena sebab curi trademark dia di atas sana. sorry :)

Previous entry pasal raya saya kan. So kali ni dengan penuh semangat di dada mau cerita sikit kegiatan saya masa beraya di Tenom dan balik kampung saya, Keningau :)

Masa sampai di Tenom tu hewhewhew jantung kalau boleh bersuara confirm dia jerit-jerit. Tahap gugup tu masih ada walaupun sudah 3 kali datang sana. (hahaha! cerita macam dah berpuluh kali datang) Segan dan takut dengan abah inchik bf memang sentiasa ada. Lagipun haku tak bertudung. *maaf ye bakal abah.Soon abah soon :) *

Kalau ikut plan saya dengan incik boyfie *boyfie la sangat* lepas solat jumaat tu dia hantar balik keningau dan boleh jumpa puan mummy kejap. Tapi bakal emak cakap "wahai nurul iman rasyidah!kita memercik dulu.Bakal abah mau buat ayam percik" dan aku rasa bersalah sebab aku takut puan besar (auntie) marah. Dia tak bagi stay lelama rumah inchik bf walaupun ada makcik thebeybeh bersama tapi bakal emak insist pula saya stay. Siap cakap lagi malam karang bakal emak dan inchik bf hantar balik keningau. So, saya call Puan besar untuk minta permission dia stay di rumah inchik bf smpai malam. Lepas tu malam tu juga balik keningau. Puan besar cakap "Baaaaahhhhh" *panjangkan. cam nak tak nak jew bagi*

Saya selit sikit gambar masa di Tenom ye :))

Bakal emak lebih putih dari saya T_T

Sebelum sesi bergambar di atas. saya ikut adik inchik bf beraya di rumah member sekolah. weiweiwei..

Kamu kenal yang bertudung? kenal?

Nama dia Dania :) 
Malam itu jam 10.30pm saya sampai di Keningau. Nasib baik Nenek belum tidur, kalau tidak *selesaikan sendiri cara mau masuk rumah* Esok pagi main dengan sepupu yang sangat nakal. Tengok ni :

Tertonggeng main PSP.
Dia main angry birds. Bila dia kalah dia panggil daddy atau mummy dia suruh main untuk dia tapi kalau babi tu tinggal seekor dia rebut seja. Dia suruh saya main untuk dia " Auntie!auntie!" lelaju saya tepis panggilan itu "Kakaklah!" *Sepupu kot!* "Selalu auntie dia yang babysit dia.Sebab tu semua pun dia panggil auntie" mummy dia bagitau saya dan saya gelak kejap then sambung main game untuk si amanda ni. *muka fokus*

Adik dia lagi comel Joshua Glen nama diberi. Hah! yang ni lain gaya. Kita hulur tangan dan dan seja dia mau gigit. Saya tanpa membuang masa terpekik terlolong. Sebenarnta tidak gigit pun sebab saya laju tarik tangan. Action ja lebih. *mehmehmeh* :p

oh ya!

Nama saya bang rambo :p

Sekian :))

p/s : sila rasa annoying penggunaan bahasa saya (bakal emak & bakal abah)

Thursday, June 28, 2012

I smile because im happy :D

Assalamualaikum

Yep Happy!

#1
23th June 2012 tu *siap dengan tarikh lagi* Celebrate birthday sekali dengan Nana. Encik dan Puan besar yang bawa. Thank you! Thank You!


#2
Sebelum pergi Kg. Nelayan tu. Kami pergi Full House tunggu auntie sebab dia ada appointment dengan Doktor cinta 


Password wi-fi : ilovefullhouse
Password tu betul tau. Dalam sibuk-sibuk Encik besar order minuman kami sibuk tanya password wi-fi. Hohohoho

#3.
Penutup malam tu ialah :

Yeah!Makan durian atas permintaan Nana. 
Thank You sebab bawa makan-makan . Alhamdulilah :D

next  : 26th June 2012

Keluar dengan Incik Bf. Tengok Wayang kejap then Beli ni




Terima kasih ya Incik Bf. :D

p/s : harap maaf. Lebih banyak gambar. Macam tiada idea ni hari apa mau taip.

Bubye!

Saturday, June 09, 2012

Hari ini hari mencanang sedunia

Assalamualaikum

Apa aku buat hari ni? Kalau auntie aku tahu mesti dia gelak tepuk lantai punyalah.. percaya atau tidak aku mengemas hari ni. (Sila menyampah sebab aku gebang  yang aku rajin)

#1
Sebenarnya atas dasar aku dipanggil pemalas oleh bang rambo jadi aku kasi bersih rumah. Aku cakap yang aku sudah kasih bersih rumah. Nanti aku gambar aku cakap. Aku bukan pemalas sebenarnya aku kurang kerajinan tapi aku suka masuk dapur!

#2
Rumah ini dipenuhi dengan rambut aku yang musim luruh tak berhenti. Aku lepas mandi dia tidak mau gugur dalam toilet.. mau gugur juga masa aku sibuk keringkan rambut. Sebab itu juga aku bersihkan rumah.

#3
Aku mau tunjukkan sama bang rambo aku masih boleh mengemas sebab dia cakap aku belum boleh jadi bini. bila aku tanya kenapa dia jawab aku tidak pandai mengemas. Dan saat itu aku hanya mampu telana ir liur..

#4
Aku cakap dengan bang rambo walaupun aku kurang rajin kemas ruang tamu aku rajin masuk dapur. dia cakap aku takut aku gemuk so jangan selalu masak.

#5 
Nasib baik bang rambo tidak tau pasal blog aku ni. kalau tidak confirm dia laju-laju call mak dia bagitau tak mau kawin dengan aku sebab aku bibiran.

Ya.. aku masih berusaha untuk merajinkan diri mengemas dan mengurangkan masa untuk memasak sebab bukan saja bang rambo gemuk nanti aku juga gemuk walaupun masak masakan cincai. Pssst!aku tak reti masak ayam spesel. aku teroor masak masakan simple je *err!terror lah sangat*

p/s : Update ni aku bukan nak tunjuk yang aku ni rajin atau malas (ya aku suda membuka pekung di dada yang aku kurang rajin mengemas). ecececeh! aku boleh buat semua tu cuma aku kurang rajin. bak kata housemate aku "kitakan wanita bekerjaya" 


Sunday, June 03, 2012

20 Facts about inchik BF

Assalamualaikum..

Terfikir ini barang masa SMS dengan si Melati @ MiraCassan  :D

1. Kami kenal masa saya tengah praktikal di salah satu lab QEH 
2. I used to call him SIR :)
3. Declare : 11.01.11
4. Masa awal perkenalan *pheiii!* saya guna Maxis dia guna Celcom. Meseg sampai hari-hari reload.
5. Lepas declare pernah hantar 2 hazelnuts cadburry dan 6 slices kek SR yang berbeza.
6. Tempat dating first time : Secret Recipe Centre Point.
7. 1982 (Him) 1990 (me) : u do the maths..
8. Dia berbangsa melayu bisaya saya berbangsa dusun murut brunei *okeh brunei saya tipu*
9. Dia orang tenom saya orang keningau
10. Sebulan selepas couple dia jumpa Auntie sama Uncle di papar. dan satu-satunya boyfriend yang auntie & uncle berkenaan.
11. Dia tidak romantik tapi saya lebih selesa macam tu *geli bah kalau over*
12. Dia lebih suka panggil saya budak kecik instead of syg
13. Saya suka RnB tapi dia tidak suka.
14. Dia tidak suka saya pakai make up. Hari tu pkai eye liner pegi orang kawin lepas tu mau jalan dengan dia. dia cakap " pegilah kasi bersih tu muka dulu"
15. Dia suka mengejek dan saya kuat merajuk.
16. Song that remind me of him is Geisha - Tak Kan Pernah Ada
17. first time jumpa family dia masa Raya ke-5 last year.
18. Dia jumpa family saya masa hari raya tahun lalu. Lupa hari raya ke berapa.
19. Saya belum pernah hadiahkan dia apa-apa tapi dia sudah pernah bagi saya baaaannyaaaakkkk barang including a ring.
20. paling romantik dia pernah buat (soalan si mira) :  Masa raya tahun lalu dia ckp dia tidak jadi datang papar masa family saya dari keningau datang kononnya sebab jauh. Dia di tenom. Tiba-tiba muncul depan rumah dengan senyuman. And i was like :) *BLUSHING*

 Kami sangat banyak perbezaan yang susah untuk saya letak di sini tapi perbezaan itu yng menguatkan hubungan kami. Dengan perbezaan itu kami mampu bertolak ansur dan lebih mudah untuk belajar tentang diri masing *apa seja aku merepek ni *

P/s : Mengambil masa untuk buat ini. Siap boleh lipat kain. Heheh.. BTW thank you siapa yang baca, Boleh tinggal komen tapi jangan menyampah. Miraaa!Siap sudah kau? Saya mau baca!!!


Baca ini juga :D

~~> http://merahduniamira.blogspot.com/2012/06/20-facts-about-me-him.html
~~> http://luckykeroppi.blogspot.com/2012/06/20-fact-about-me-and-my-boy.html
~~> http://kakawani.blogspot.com/2012/05/20-facts-about-my-jejaka.html
~~> http://imgettingoldandimhappy.blogspot.com/2012/06/20-facts-about-me-and-mrhubby.html
~~> http://icahya.blogspot.com/2012/06/20-facts-about-me-and-him.html

Tuesday, May 29, 2012

Please jangan menyampah dengan saya :|

Assalamualaikum

Hallu guys!!!
Okay ini hari nothing special atau emo belaka. Cuma recall some story yang aku mau share sama Wasaber Mira. Okay yang lain pun bole juga baca tapi jangan menyampah okay. Please :D
Okay..
Cerita pasal inche Bf, Aku dan sharifah*bukan nama sebenar*
Si sharifah dan inche BF ni friend dalam facebook. Hari itu masa aku mau pinjam laptop untuk buka facebook aku terlogin facebook Inche BF *dia tidak log out* . Dan terperasan ada meseg dalam inbox. Hati aku meronta-ronta mau suruh buka *aisehmen* So aku buka lah sebab tahap penyibuk dan tahap ingin tahu membuak-buak.
Lepas baca degupan jantung jangan tanya la. Kalau diikutkan cerita diaorang ni tiadalah yang special sangat.  Tapi bila tengok haribulan memang mendidih darah dalam badan ni. Berapa kali diaorang chat tanpa pengetahuan aku and yes!aku sakit hati.

Tambah sakit hati bila si Sharifah sibuk meluah isu percintaan dia yang ada elemen-elemen pergaduhan dan tidak dipedulikan.  Pendek kata mengadu domba dan diikuti kata-kata seperti “Inilah yang aku sayang kau ni. Bagus seja sama aku” dan “ I LOVE YOU sir.Aku memang mengamuk tahap maksima time ni. Nasib baik aku ingat itu laptop orang kalau tidak aku hempas sudah. Dan yang buat aku terkilan bila Inche BF buat :P bila si Sharifah cakap macam tu. Aku Panas! (tengah menaip ni Tiba-tiba panas balik)

Aku tanpa tunggu cool down tanpa peduli apa akan jadi. Terus buat soalan hot tanpa menanti masa yang sesuai. Semua soalan dijawab dengan tenang tetapi malangnya aku tidak tenang. Aku panas. Aku mulai curiga dengan dia.  Dari soalan jadi pergaduahan yang sangat besar. Dan hari itu hari paling menyakitkan untuk aku. Sebelum naik bus aku cakap dengan inche BF “ aku tahu tu perempuan suka kau. AKu ni perempuan aku tahu cara permpuan kalau dia suka itu lelaki” dan dia jawab "kalau aku tidak suka dia pun tiada guna jugakan” . 4 hari kemudian pergaduhan kami berakhir dengan kegembiraan sebab dia sanggup ambik RISIKO . Dan sanggup bersama saya yang jealous tahap maksima.
guys, macam mana sporting perempuan itu JEALOUSY itu tetap ada yang membezakan ialah tahap cemburu itu. 
Kesimpulannya di sini. Kita hidup kena berani, berani untuk ambik risiko. Kalau kita PLAY SAFE saja kita tidak akan tau apa itu kehidupan. Jangan jadi penakut. Dan JEALOUS jangan over macam saya. Sendiri sakit. Actually kata-kata ini saya pinjam dari si AKI yang banyak kasih nasihat saya masa saya tengah bermasalah hari tu. thank You encik AKI ^.^

# a jealous woman does better research than FBI :D

p/s : nampaknya aku emo sikit. 

Monday, May 28, 2012

Ding!Dong! Posto!Posto!

Assalamualaikum


Dear you!


Entry ini untuk kau. Aku taipkan khas untuk aku. *Baik aku ni*  First of all aku mau cakap yang aku terluka *eseh* dengan cara kau. For these few years I'm trying to be cool just to please you as* every time you did this to me I mean ignoring me with no reason. But today I want you to know that I' m change because I'm tired to please you. I've had enough.


Dear, no 'boring' in friendship but  you have different perspective in friendship. For you Friend is someone you can easily get bored with.

Sakit tauk..

Maybe aku juga ada salah dan aku minta maaf banyak-banyak. Aku sedar kita ini manusia biasa. Aku tetap sayang kau ketat-ketat. Tapi friendhip kita maybe tidak lah serapat dulu. *adakah aku terlalu jujur* sebab aku ni tidak mau lagi sakit hati. Tidak bagus bha tu.  :D

Last but not least
Aku suka ini barang's :)

# Friendship: a building contract you sign with laughter and break with tears. ~ Danielle N. Redfield 
# Friendship isn't about whom you have known the longest... It's about who came, and never left your side
# Friendship is like standing on wet cement. The longer you stay, the harder it's to leave, and you can never  go without leaving your footprints behind.
#Its really amazing when two strangers become the best of friends, but it's really sad when the best of friends become two strangers. ~ Raphine


Ok! Babai..

Saturday, May 05, 2012

Jenab Leb Bang Rambo

Assalamualaikum

# Syukur alhamdulilah

# Even my heart beats faster then usual.

# I'm Happy because He's willing to share something about his previous Love .

# Luckily I can accept that with laughter.

# No silly question anymore.

#  I love you Bang Rambo!

witleb,
Jenab

JENAB

Wednesday, May 02, 2012

Menjengkelkan

Assalamualaikum!

Aku ada member!

Member aku cantik, comel dan happy go lucky!

Tapi!!!

Member aku ni suka memaksa!

Memaksa sampai aku naik menyampah dengan dia.

Sekian :D

Friday, April 13, 2012

Jangan buka pintu!!

Assalamualaikum

Hari ini ialah hari yang sangat kurang bernasib baik untuk saya.It's not because of the 'Friday 13th' yang orang sibuk post di twitter atau di faceebook. Memang ALLAH takdirkan hal ini terjadi pada saya hari ini sebagai pengajaran kepada saya mahupun kepada sesiapa yang sudi membaca N3 yang agak serius ini.

Tepat jam 12 pm saya dikejutkan dengan bunyi ketukkan yang kuat di pintu ofis. Saya pun jenguk pada lubang yang ada di pintu.  Seorang lelaki berbaju merah sambil memegang kertas berada di luar. Saya membuka pintu hanya untuk bertanya lelaki tadi.Sebelum sempat saya bertanya pintu itu dirempuh masuk dan dia bersuara.

"Saya mahu berjumpa dengan bos kamu"

Saya bertanya : Kamu sudah menghubungi bos saya?" Lelaki tadi mengangguk. Saya tanya lagi nama siapa dan dari mana. Lelaki tadi bagitau yang nama dia Azman.Kemudian saya menelefon bos unutk bagitahu yang lelaki ini datang untuk berjumpa bos dan bernama Azman

"Dekat dah ni.Suruh dia tunggu" pesan bos

Saya memberitahu si lelaki yang bos saya akan tiba sekejap lagi.Dia mengadu yang dia haus. Saya masuk ke pantri dan membiarkan lelaki tadi duduk dalam ofis bos.

Bila saya keluar dari pantri bos call dan saya menyerahkan telefon pada 'Azman'

"Saya tunggu kamu di bawah"

Dia terus mematikan talian. Bos saya call lagi masa itu 'Azman' sudah keluar dari ofis.

"Evon itu bukan Azman.Si Azman di keningau sekarang.Itu lelaki menyamar seja."

Jantung saya macam terhenti sekejap. Rasa takut.Dalam 15 minit bos saya sampai di ofis. DIa bagitahu bahawa dia memang ada kawan bernama Azman dan baru tadi dia call Azman dan Azman memberitahu yang sekarang ini Azman berada di Keningau.

Lepas itu, saya masuk ke bilik bos untuk mematikan aircond dan tersedar LAPTOP bos hilang. bila saya bagitahu laptop hilang.Bos saya terus turun.Setengah jam kemudian saya dibawa ke Balai Polis Donggongon untuk buat report dan diambil keterangan.Tepat jam 4.30 saya keluar dari bilik sarjan.

Selepas itu Sarjan Shamsul datang ke pejabat bersama kamera dan buku untuk mengambil gambar tempat berlaku kecurian tadi.

Saya sangkakann memang dia ada urusan dengan bos saya. Dari pakaian saya mengagak yang dia pekerja di site tapi saya silap. Semua ini harus dijadikan pengajaran baik kepada saya ataupun pada yang membaca.

Syukur alhamdulilah lelaki itu tidak buat apa-apa pada saya. ALHAMDULILAH.

p/s : Sorry ayat agak formal dan maybe tunggang langgang. Sampai sekarang saya masih tidak dapat melupakan wajah lelaki itu.

Saturday, March 24, 2012

sad :(

hello there and assalamualaikum.

Yes!
I know!lama tidak update.So sekarang ni nak updatelah ni.
N3 EMO TAK SUDAH!

Here we go :)
saya ada sisters.Half sisters and i LOVE them! oh :D silly me.Ada sorang adik lelaki yee :D And of course i still love them even lain bapa.And I LOVE MY STEP DAD!I know him since i was 6 kot.if im not mistaken.Lama sudahlah yang pasti,

Today.Just Now.When I go her page (FB) i notice there is a notes.She tag my mom and my brother.So i open and start reading. tittle dia THE ABC'S.
i enjoy reading it until...:

N.Number of Siblings: 4.

Saya menangis.
Sebab?
Saya tidak pernah cakap yang saya the only daughter even itu kebenaran dia. :'(
When people ask me about my siblings.my answer is 5.
4 means dia tolak saya.
Really hurt me so much!
Then i ask her why 4.
this is her answer.
I saw your album last year i cant remember the exact year. I assume that you never love us as your siblings.Thats hurt me.A lot!

I cried when i read this.At the same time my head working.I keep asking "Which Album?" but i still say sorry to her.I told her that i love them even though we are half sisters and brother. Remember that always.
and she told me the same thing. :D

tapi

Saya risau kalau dia simpan perasaan marah sama saya.

Love,
me.

Wednesday, February 15, 2012

Dia datang!

Assalamualaikum

1.Oh sudah lama!!
2.berbulan-bulan lamanya!
3.Encik AFRO tidak bagi nasihat.
4.kemudian datang pula si penyakit.
5.Penyakit gila siput babi!
6. Tapi saya tetap waras.
7. Waras dan waras.
8.waras untuk saya stop fikir yang dia cantik dari saya.
9.waras untuk percaya cakap incik AHSYAW
10.Waras untuk stop fikir negatif
11.Waras untuk percaya pada diri sendiri
12.Jadi saya sudah buat keputusan
13.Saya kena minta nasihat Encik AFRO
14.Walaupun saya masih waras
15.Takut-takut penyakit lama datang lagi.
16.Takut-takut air mata mengalir lagi
17.Takut-takut saya gila lagi
18. Muktamad!
19.Encik AFRO nanti saya cari kamu lagi.
20.Ok bai!



p/s : Nombor tiada function sebenarnya!
 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template