Friday, September 14, 2012

pengalaman berharga

Assalamualaikum

sudah baca ini,

Pagi itu aku bangun jam 5.15 itupun masih berkira-kira mau bangun atau bangun jam 5.30 nanti. Mengingatkan pakaian yang belum aku kemas akhirnya bangun juga. selesai aku bersiram terus bersiap tanpa membuang masa sebab aku menumpang Tuan Besar *uncle* kalau lambat boleh berdarah telinga kena bebel awal pagi. Since, interview ni SPA so aku pakailah baju kurung hijau kosong, tudung hitam dan dan dan kasut yang aku dengan inchik BF beli sama-sama hari tu. Kasut bertumit warna hitam dan menutup jejari kaki aku yang panjang ni.

Dalam kereta aku tak rasa mau tidur sebabnya aku nervous. Okay aku tipu ! Sebabnya aku sibuk atur tudung aku yang senget sebelah menyebelah. Rasa macam aku mau teriak seja tapi takut pula kalau uncle turunkan tepi jalan. Herherher *pinjam sat ya encik fadzmie*

Dalam jam 7.30 pagi aku sampai di mini putrajaya tu laju kaki aku berjalan menuju blok A. Disebabkan memakai kasut hiat bertumit tu gaya jalan aku lebih kurang macam Tyra Banks. okay aku tipu. Aku jalan macam orang sakit kaki. T_T memang sakit pun! Masuk ofis SPA tu, ada receptionist tu suruh masuk dan letak surat panggilan temuduga dalam tray yang dia orang sudah prepare. Masa masuk tu ada seorang lelaki tu nama dia Michael. Dia pun datang temuduga untuk jawatan yang sama juga. Lepas aku sampai ada seorang lagi masuk, Lola nama dia. Masa menunggu untuk registration tu ada someone sapa aku. Ingatkan dia interview juga rupanya interviewer ah.

Lepas register, Michael  masuk dulu. Lepas tu turn aku. (aku orang kedua) masa masuk tu jantung punya degupan jangan cakap lah. Kalau boleh belari lama sudah jantung aku lari. Ada 2 orang penemuduga. Friendly. senyum seja. Masa masuk tu aku letak file, surat panggilan temuduga dan resume atas meja penemuduga tu. Interviewer yang pertama suruh ceritakan sedikit latar belakang. Aku punya cerita tu memang aku rasa macam bodoh-bodoh seja sebabnya aku cerita aku belajar di mana dan bekerja sebagai apa. Dia tanya kenapa tidak apply JTMP seja dan aku cakaplah kenapa. Then yang interviewer kedua tu angguk-anguk sambil senyum. Lepas tu interviewer first tu tanya kenapa pilih jurubahasa. Since aku pilih jurubahasa pun tidak tengok deskripsi tugas. Aku goreng seja! Entah apa seja jawapan aku masa tu yang pasti kedua-dua interviewer tu ketawa-ketawa. Dan bermula lah episod jantung aku hampir tercabut.

soalan-soalan dari interviewer kedua tu :

1. Apakah tugas seorang jurubahasa?
aku dengan keyakian menjawab deskripsi tugas yang aku faham dengan kerja ini.

2. Siapakah Ketua Hakim Negara?
Ini memang aku jawab sepantas kilat Yang Amat Arif Tun Ariffin bin Zakaria

3. Senarai mahkamah?Mahkamah tertinggi dan mahkamah rendah
Aku cuma ingat mahkamah persekutuan dan mahkamah tinggi seja. Yang lain aku lupa due to the nervousness  mehmehmeh.

4. Sebutkan 5 rukun nagara
Confirm aku dapat jawab benda ni. tapi seriusly tidak tersusun. Sila gelak lelaju!,

5. Kaitkan kedaulatan undang-undang dengan mahkamah?
Sangat blur T_T * Start jantung mengepam di tahap maksimum!*

5. Siapa menteri menjaga hal ehwal Mahkamah?
Percaya atau tidak aku lupa ni barang! Aku cuma ingat Nazri seja. *Rasa macam mau menanngis*

Dia orang cakap ada apa-apa lagi mau tanya? aku cuma minta tips seja since aku mengharapkan panggilan SPA lagi . Selepas tu interviewer yang pertama tu cakap. "kamu jangan nervous bah itulah kamu tidak dapat berfikir. Nampak muka kamu nervous. Saya nampak kamu membaca-baca pasal menteri tadi di luar takkan sekarang tidak dapat jawab sudah" 

Masa ni kalau diizinkan memang aku menangis. Aku mau sangat kerja ni tapi disebabkan cara aku menjawab, aku cuma mampu berserah. T_T

Lepas interview aku mau tukar baju di tandas. Aku kelam kabut masuk tandas sebab aku kepanasan mau cepat-cepat tukar baju kononnya.Aku berdiri depan cermin usai-usai tudung. Aku pelik kenapa ada ramai lelaki depan pintu tandas. Semua tengok-tengok aku. Aku pusing mata aku betul-betul fokus dengan ini





Tanpa membuang masa aku keluar dan terus masuk tandas perempuan! MALU TAU!!!!! at least dapat meredakan rasa mau menangis aku tu. Miahahahahah!

Temuduga untuk SPA dan masuk tandas lelaki pengalaman berharga buat aku yang sedang mencari kerja. *rasa macam aku nak gelak kuat-kuat bila ingat masuk tandas lelaki!*

p/s : Doakan aku dapat kerja ini ya kawan-kawan.


Sekian saja.

Lotsoflove
yvonne :)

Thursday, September 06, 2012

kefokusan membunuhku!

Assalamualaikum

Sedang fokus!

Fokus!Fokus  untuk jadi penulis macam bang PK *Auta semata-mata*

Fokus untuk memenuhkan ilmu di dada

Fokus yang bersifat sementara.

Fokus terganggu dengan ter'sign in' muka buka dan pencicip.

Fokus lebih terganggu apabila ada nawaitu untuk update blog dengan cerita kefokusan.

Fakus juga terganggu sebab sang cousin telefon semata-mata untuk bertanyakan bagaimana untuk share campign says.com

Lihatlah kefokusan ku belajar :


Sila jangan ambil kisah dengan tulisan cakar kuda itu. Aku hanya mampu mengeleng.

Doakan saya yang akan menghadiri temuduga Isnin ini. Sekian :)


Tuesday, September 04, 2012

Tak jawab dosa,kalau jawab sayang

Assalamualaikum :)

ok.ok.ok before apa-apa, saya mau minta maaf dengan Maria Elena sebab curi trademark dia di atas sana. sorry :)

Previous entry pasal raya saya kan. So kali ni dengan penuh semangat di dada mau cerita sikit kegiatan saya masa beraya di Tenom dan balik kampung saya, Keningau :)

Masa sampai di Tenom tu hewhewhew jantung kalau boleh bersuara confirm dia jerit-jerit. Tahap gugup tu masih ada walaupun sudah 3 kali datang sana. (hahaha! cerita macam dah berpuluh kali datang) Segan dan takut dengan abah inchik bf memang sentiasa ada. Lagipun haku tak bertudung. *maaf ye bakal abah.Soon abah soon :) *

Kalau ikut plan saya dengan incik boyfie *boyfie la sangat* lepas solat jumaat tu dia hantar balik keningau dan boleh jumpa puan mummy kejap. Tapi bakal emak cakap "wahai nurul iman rasyidah!kita memercik dulu.Bakal abah mau buat ayam percik" dan aku rasa bersalah sebab aku takut puan besar (auntie) marah. Dia tak bagi stay lelama rumah inchik bf walaupun ada makcik thebeybeh bersama tapi bakal emak insist pula saya stay. Siap cakap lagi malam karang bakal emak dan inchik bf hantar balik keningau. So, saya call Puan besar untuk minta permission dia stay di rumah inchik bf smpai malam. Lepas tu malam tu juga balik keningau. Puan besar cakap "Baaaaahhhhh" *panjangkan. cam nak tak nak jew bagi*

Saya selit sikit gambar masa di Tenom ye :))

Bakal emak lebih putih dari saya T_T

Sebelum sesi bergambar di atas. saya ikut adik inchik bf beraya di rumah member sekolah. weiweiwei..

Kamu kenal yang bertudung? kenal?

Nama dia Dania :) 
Malam itu jam 10.30pm saya sampai di Keningau. Nasib baik Nenek belum tidur, kalau tidak *selesaikan sendiri cara mau masuk rumah* Esok pagi main dengan sepupu yang sangat nakal. Tengok ni :

Tertonggeng main PSP.
Dia main angry birds. Bila dia kalah dia panggil daddy atau mummy dia suruh main untuk dia tapi kalau babi tu tinggal seekor dia rebut seja. Dia suruh saya main untuk dia " Auntie!auntie!" lelaju saya tepis panggilan itu "Kakaklah!" *Sepupu kot!* "Selalu auntie dia yang babysit dia.Sebab tu semua pun dia panggil auntie" mummy dia bagitau saya dan saya gelak kejap then sambung main game untuk si amanda ni. *muka fokus*

Adik dia lagi comel Joshua Glen nama diberi. Hah! yang ni lain gaya. Kita hulur tangan dan dan seja dia mau gigit. Saya tanpa membuang masa terpekik terlolong. Sebenarnta tidak gigit pun sebab saya laju tarik tangan. Action ja lebih. *mehmehmeh* :p

oh ya!

Nama saya bang rambo :p

Sekian :))

p/s : sila rasa annoying penggunaan bahasa saya (bakal emak & bakal abah)

 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template