Sunday, May 08, 2016

Pregnant & Jauh dari laki

Assalamualaikum..

Masih ingat pasal dapat kerja sebagai Pembantu Perpustakaan tu kan? 25/3/2016 saya dapat panggilan dari PNM. PNM bagitau surat lapor iri diorang sudah kirim. Lepas tu diaorang cakap, "Puan, nanti 18/4/2016 puan kena melapor diri di KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT BANTING SELANGOR,"

And I was like "What?" (Tapi ni dalam hatilah) - "Kuala Langat?"

Rasanya berulang sampai dua tiga kali dengan muka risau. Iyalah Kuala langat tuuuuu.. Banting tuuu.. Saya pergi sekali ja itu pun sebab tumpang satu malam di rumah Unt Ding sebelum balik asrama masa study di Masterskill dulu.

"Ye, Puan. Kolej Komuniti Kuala Langat Puan. Dekat 'Borneo' tak ada kosong Puan,"

Wahh banyaklah kau punya Borneo sana. Kau hingat ini zaman bila? Lalu daku pun mengucapkan terima kasih dan bergembira serta bersedih pada masa yang sama. Hmmm, jauh lagi dengan laki.

Bila laki balik dari solat jumaat, daku pun lelaju kasitau dia. Dia pegang kepala. Risaulah, bini dia mengandung tiba-tiba kena hantar pula pergi semenanjung ( Semenanjung ya, bukan Malaysia. Sabah termasuk dalam Malaysia tau. Rajin-rajinkan diri baca sejarah ye kengkawan).

Bincang berkali-kali lepas tu laki cakap pegi jalah nanti boleh minta pindah. Tapi saya tau laki berat hati saya pun berat hati juga.. Dua hati mau pergi atau tidak. Kalau pergi, confirm jauh dari laki. Kalau tidak pergi mesti lepas ni tidak dapat kerja sudah. Hmmm..

Untuk beberapa minggu sebelum pergi KL, hati memang sayu setiap malam menangis seja lepas tu kalau laki pergi kerja sedih sendiri terasa macam di KL sudah.

Sampai masa mau pergi KL, memang menahan air mata di KKIA. Masa peluk laki tu memang mau menangis tapi tahan seja. Oh ya, laki tidak ikut hantar sebab ada adik sepupu ikut pergi KL. Sampai di KL, HANCUR!

Setiap malam menangis kecuali masa pergi kerja sebab saya suka kerja saya tapi bila petang, sudahhh! Air mata macam any time seja jatuh. Minggu pertama yang paling sengsara setiap kali call atau video call sama laki menangis berabis. Bila ada benda bikin stress terus meluncur laju tu air mata. 3 hari di KL start mau sakit, laki mulai risau, tidak suruh telampau menangis kesian baby dia bilang.

Minggu kedua macam okay sikit tapi air mata tetap beguguran bila video call dengan laki terutamanya bila mau habis bercakap. Aduh! Ngiluuuu betul rindu laki.

Minggu ketiga air mata jarang keluar maybe sebab start mau adapt sudah ini environment sini. Tapi setiap kali laki whatsapp pasal anak laju-laju bersedih. Lagi-lagi sekanrang masuk 5 bulan, anak start sudah begerak laki tambah sedih. Kalau VC mesti laki mau tengok perut yang banyak strectmark itewww... Bila saya mengadu pasal strechmark, laki cakap biarlah bah tu nanti baik juga tu banyak produk sekanrang kan.

Kesimpulannya, bila berjauhan dari laki dengan keadaan pregnant memang SENGSARA! Apa lagi bila emosi tidak stabil sekejap ok sekejap sedih sekejap marah. Bila jauh memang betul-betul memerlukan si laki tapi macam mana rezeki saya di sini. Semua orang mau suruh laki pindah KL tapi saya tidak mau. Biarlah saya berusaha minta pindah KK nanti.


Friday, January 08, 2016

Rezeki 2016 ^^ (Warning! Entry yang panjang dan mungkin membosankan)

Assalamualaikum!

Heyaaaa :) :)

12/11/2015 - Jenab dapat email penggilan temuduga dari SPA untuk jawatan Pembantu Perpustakaan S17 selepas sekian lama tidak (LUPA) update application SPA8 tu. Tup tup kena panggil. Alhamdulilah.

Nasib baik Jenab cek email. Kalau tidak memang melepaslah jawatan tu. Sebabnya, Jenab cek email tiga hari sebelum interview. Sepantas kilat Jenab godek godek pak gugel cari maklumat. Fuh! Siap hafal kod-kod buku TT

Sempat lagi berlusir balik papar gara-gara kasut hitam yang menutup jari di sana termasuk surat beranak Jenab. Boleh pula, kasut yang dipakai sekali ja (Masa interview Jurubahasa L17) tercabut sikit di bahagian tapak, memandangkan interview tu dalam masa 2 hari seja lagi. Memang malas sudah mau sibuk pergi mencari kasut, jalan penyelesaiannya : gam 2 second! HAHA

Unt tanya "okaykah ni?" Jenab angguk ja, yakin.

18/11/2015 - Pagi tu, Bang Rambo yang hantar. Sampai seja di blok b persekutuan tu, Jenab terus masuk dengan yakin. Tapi langkah yang diatur berbunyi sumbang. Sekali tengok, ya Allah! Tapak kasut tercabut sudah. "Okay tenang!" bermenolog dalam hati. Wajah mesti yakin walaupun dalam jantung sudah berdegup kencang.

Masuk seja dalam bilik menunggu, kus semangat! Ramainya jejaka yang datang interview untuk Pembantu Kastam. Jenab senyum terus pergi meja register bagi orang tu cek sijil-sijil semua. Jenab orang pertama interview. Nervous tapi muka masih tenang. Ada seorang lagi perempuan dari kinabatangan. Muka dia yakin dan tidak ada nampak rasa takut. Jenab senyum senget ja pasal dia tidak senyum balik. Okay, fine!

Bila kena panggil, Jenab terus masuk dengan mengheret kaki sebab takut kasut tercabut habis :) Selepas bagi salam & bagi penemuduga fail, Jenab kena suruh duduk. Jantung sudah macam mau melompat keluar tapi muka masih dengan riak tenang. Fuh!

Ada dua penemuduga, dua-dua dari PNM. Seorang tu orang semenenjung yang satu lagi orang tawau (Adam kalau tidak silap namanya). Macam biasa diaorang suruh introducekan diri. Bla.. Bla..Bla..

Interviewer 1: Selalu tak pergi perpustakaan?

So, Jenab dengan jujurnya cakap 'Tidak. Kadang-kadang seja,"

Interviewer 1: Bila kali terakhir Yvonne pergi perpustakaan?

Jenab : Pertengahan tahun kot sebab temankan adik.

Interviewer 1: Apa hobi Yvonne?

Jenab : Saya suka surf internet & membaca buku.

Interviewer 1 : Apa buku terakhir kamu baca?

Jenab : Ada Iman baru syok ada fight, Adam Corrie.

Interviewer 1: Yvonne mualaf kan? Family tak marah ke Yvonne masuk islam? Bila Yvonne convert?

Jenab : Saya convert 2009. Family semua okay sebab dalam family saya memang ramai yang masuk islam.

Interviewer 1 siap bagi nasihat supaya tarik family untuk masuk islam. Banyak nasihat dia bagi. Alhamdulilah. Tapi lepas tu Interviewer 2 tu suruh Jenab perkenalkan diri dalam English. Jenab agak panik sebab Jenab darah gemuruh bila cakap omputih depan orang. Habis Jenab hentam semuanya!

Interviewer 1 tiba-tiba tanya pasal pengetahuan am :

1. Apa rukun negara ketiga?
Jenab jawab : Keluhuran perlembagaan.

Dia tanya "Betul ke?Yakin ke ni?" Jenab terus panik. Jenab cuba baca rukun negara dalam hati tapi semua tunggang langgang. Lepas beberapa saat, dia ketawa. "Saya saiko awak jelah Yvonne,"

Hmmm.. TT

2. Saya nak tanya ni, apa isu semasa yang Yvonne tahu?
Alhamdulilah! Pagi tadi sebelum jalan, sempat lagi Yvonne baca berita pasal Paris Attack! Pung pang pung pang. Dia tanya lagi " ISIS ni siapa sebenarnya?" Jenab macam orang bodoh cakap diaorang ekstremis yang sangat ganas! * Bongok!*

En.Adam gelak-gelak tengok Jenab.

Interviewer 1: Tapi, saya ada baca dekat internet yang saya pun tak pasti betul atau tak, ISIS ni bukan orang islam & bertatu.
Jenab senyum "Ya, saya ada terbaca benda yang sama. Kononnya diorang tu askar US yang menyamar sebagai orang islam untuk buat semua orang anggap islam ini agama penganas.

En. Adam : Saya pula nak tanya. Siapakah nama TYT Sabah?
Jenab terdiam! Serius langsung tak terlintas dalam kepala siapa nama dia. Interviewer 1 terus cakap ''Saya baru berminat dengan Yvonne ni dah tak ingat TYT siapa,"

En. Adam ketawa.

Okaylah, siapa nama Ketua pengarah PNM? Jenab senyum lebar "Puan Hajah Nafisah binti Ahmad,"
En. Adam tanya "Binti?" Jenab angguk sebab yakin sangat.

En. Adam: Siapa penolong pengarah PNM?
Jenab senyum nervous. Sebab Jenab langsung tidak pandang siapa Penolong Pengarah. Interviewer 1 ketawa sambil pandang En. Adam.  "Diaorang selalu ingat kita akan tanya pengarah je kan. Penolong pengarah diorang tak ambil tahu langsung," En. Adam gelak-gelak.

En. Adam : Yvonne dah kahwinkan? Kalau dapat kerja ni macam mana? Sebab kerja ni dekat semenanjung?
Dalam hati agak terkejut tapi yakin seja menjawab, saya & suami sudah berbincang malam tadi. Kalau dapat dan posting dekat semenanjung. Saya terima je.

En. Adam: Yeke? Nanti belum sampai 3 bulan dah minta pindah balik Sabah.
InsyaALLAH tidak. Saya tidak ada pengalaman bekerja dalam perpustakaan saya perlu belajar dari senior-senior di PNM. *Uncle cakap, "Ayat desperate kan kerja," HAHAHA*

Interviewer 1 : Tak apa kalau dapat di KL, ramai orang Sabah. Encik Adam ni pun orang Sabah, asal Tawau.
Jenab lelaju buat muka eksaited "Ohhh!"

Interviewer 1: Okaylah, kita pun dah tak ada soalan. Yvonne ada nak tanya apa-apa tak?
Unt cakap, kalau diaorang tanya macam ni, sekurang-kurangnya kita tanya 1 atau 2 soalan untuk menunjukkan kita betul-betul berminat dengan kerja ni. Jadi Jenab tanyalah "Berapa kekosongan untuk jawatan ni?" Interviewer 1 jawab "Ada 15 kekosongan sahaja sebab tu Yvonne kena betul-betul buat persiapan sebab kena bersaing," Jenab angguk tanda setuju. "Em, bila saya boleh cek keputusan temuduga ya?" Jenab tanya lagi. "Dalam masa sebulan," Interviewer 1 jawab sambil tersenyum.

Jenab minta diri untuk keluar. Baru teringat kasut Jenab tercabut. Laju-laju call Bang Rambo, minta hantarkan selipar sebab kasut dah tercabut teruk. 5 minit lepas tu Bang Rambo datang dengan selipar dan mee hoon di tangan.

27/12/2015 : Tolong adik sepupu isi SPA8 sebab dia tidak pandai isi. Lepas siap, Jenab terus cek temuduga.


Tarikh Tutup Urusan :
01/09/2015
No. Urusan :(SS20150043)
Status Urusan :LANTIKAN TETAP


Tahniah! Anda telah berjaya temu duga (tertakluk kepada semakan dokumen dan maklumat individu, pengiktirafan kelayakan dan tapisan keselamatan).
Kementerian/Jabatan :JABATAN PERPUSTAKAAN NEGARA,PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA,BAHAGIAN PENTADBIRAN,232 JALAN TUN RAZAK, 50572 K.LUMPUR


Jenab speechless! Happy & Sad! Kalau dapat di KL, macam mana? Heh! Hari tu bukan mai lagi saya terima! Salah satu azam tahun ni, untuk dapatkan zuriat. Habis tu macam mana? Tidak mahu tolak, sebab bukan senang dapat kerja dengan gov lagipun 2 tahun sudah Jenab menganggur.

Bila bincang dengan Bang Rambo, dia suruh pergi seja. Tapi Jenab tetap mau di KK. Jenab tidak pandai jalan di KL tu. Dulu zaman study boleh dikira berapa kali seja Jenab berjalan di sana tu. Doakan Jenab dapat tempat di KK ya kawan-kawan. Sekarang masih menunggu surat, fuh!

p/s : Yvonne = Jenab, Bang Rambo = Ze Husband :D

Thursday, October 15, 2015

Spicy Chicken with Nuts

Assalamualaikum...

Tiba-tiba seja Jenab ada idea mau menaip. Hebat! Ini satu keajaiban! Yihaa! Okay, tiba-tiba *berulang la pulak* mau share resepi ayam pedas dengan kacang 

Sebenarnya, resepi ni Jenab dapat masa tengah semangat cari resepi spicy chicken ala korea dari website Maangchi tapi memandangkan Jenab amatlah malas mau mencari bahan susah-susah maka terjadilah resepi yang sudah diubahsuai ini.


Bahan perapan ayam

1. Chicken wings ~ Ikut suka berapa banyak mau guna.

2. 1/2 sudu kecil garam*

3.  1/2 sudu kecil black pepper*

4. 1 sudu kecil halia yang dicincang. *

5. 2/3 cawan tepung jagung.

Cara-Cara

1. Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Gaul dengan bahan * kemudian perap 15 minit.

2. Selepas perap, salutkan ayam dalam tepung jagung. Squeeze ayam kuat-kuat supaya tepung jagung melekat.

3. Goreng macam biasa dengan api kecil, ketepikan.

Tips : Supaya ayam lebih ranggup, selepas goreng semua ayam tadi. Goreng sekali lagi dengan api kecil selama dua minit. InsyaAllah ranggup. :)


Bahan Sos

1. 2 sudu makan minyak masak.

2. 4 ulas bawang putih ~ dimayang halus

3. 1/4 kicap cair (Soy souce yang kicap selalu cicah sushi tuuu~~~)

4. 1 sudu makan cuka

5. 1/2 sudu makan gula/ 1 sudu makan gula perang

6. 1 sudu makan cili boh/cili kering yang sudah diblend..

Bahan lain-lain

1. Kacang tanah yang sudah dimasak tanpa minyak & ditumbuk kasar.

Cara-Cara
1. Panaskan 2 sudu minyak masak tadi, lepas tu masukan bawang putih dan chili boh hingga naik bau.

2. Kemudian, tambah kicap cair & cuka. Kacau perlahan. 

3. Masukkan gula tadi, tunggu sampai berbuih-buih baru masukan ayam yang kita goreng tadi. 

4. Rasa. Kalau sudah okay, pindahkan dalam pinggan. Tabur kacang yang ditumbuk kasar. Hidang.

Siap! Senangkaaannnnnn??? Gambar?? Ala, Jenab tiada pula gambar-gambar lepas masak tu. Sebab resepi ini ditaip ditengah malam bukan masa memasak ya. Nanti kalau Jenab masak ayam ni, laju-laju Jenab masukan dalam ni ya! 

Okay.. Good night! Assalamualaikum! Selamat mencuba :)

Monday, July 13, 2015

Ramadhan & Raya

Assalamualaikum.

Wow! second entry tahun, ini bukan main hebat makin lama makin malas pula Jenab mau update blog yang rasanya sudah tidak punya pembaca lalalalala...

Tahun ni tahun kedua berpuasa dan beraya dengan Bang Rambo. Bila ramadhan tiba, mulailah Jenab mengada mau buka puasa di Papar dengan Puan Besar serta keluarga. Mehehe...

Nasib baik Bang Rambo memahami lalu dia pun bersetuju disamping tidak perlu risau fikir hari ni mau beli apa di bazaar atau hari ni bininya mau masak apa.

Tinggal berapa hari lagi kita berpuasa, tidak lama lagi raya. memandangkan tempat seorang isteri itu di sisi suaminya maka Jenab pun beraya di Tenom setiap tahun. Lagipun, Puan Besar marah kalau Jenab bekeras mau memaksa Bang Rambo beraya di Papar. Jenab memetik kata-kata Puan Besar ya, "Kalau nya lakimu beraya di Tenom, turuti saja. Jangan tah kan melawan mau jua di Papar. Ada jua durang nana menulung bukan nda buli ke mari raya kedua ketiga,"

See? Tapi ibu mertua Jenab pula suruh beraya di Papar. Sekali lagi Jenab memetik kata-kata ibu mertuaku, "Nurul (Nama jenab di Tenom is Nurul), tahun ni berayalah bah kamu di Papar selang seli nanti tahun depan di sini pula,"

Tapi kata-kata seorang suami harus dituruti. Lantas Jenab menuruti sahaja kemahuannya yang pengen beraya di Tenom. Kenapa tiba-tiba keluar perkataan indon ni?

Okay, habis idea sudah Jenab.Till we meet again

Assalamualaikum

oh ya!

Selamat Hari Raya!

Friday, January 09, 2015

2015!

Assalamualaikum..

Wahh last update bulan september! Update yang ngak ngak gitewwww.. Happy New Year! Happy New Year! Buka blog semata-mata mau upload template baru sama mau membasmi post yang ngak-ngak tapi macam... macam.. macam...

MALAS.



Ya! Suri Rumah sepenuh masa harus malas menaip kena rajin pegang penyapu ^^ tapi... tapi.. dua dua pun malas.


 Sila terjun lombong sekarang ya Puan Jenab!!!


Hari tu Bang Rambo ada bagitau pasal Hospital Gleanegles mau buka di KK. So, lagi sekali sebagai seorang suri rumah berjaya haruslah apply kan, niatnya mau bantu laki. Plus mau beli telepong, beg, dan lain lain.. Gitewww...

Belajarlah seorang Jenab ini dengan tekun.. .etapi... tetapi... tetapi...


  • Roommates
  • Pinocchio
  • Once Upon A time
  • Running Man

Belak aku! Kenapa kamu punya cerita siuk- siuk semua?! Kenapa?! Kenapa?!

Ok bai!


Saturday, August 23, 2014

Telenovela

Assalamualaikum rakyat jelata (Helooo.. Heloo.. Helooo..Eloo.. Lo....)

Puunyyyaaaa lama tidak apdet belog. Buka sekali dua. Klik itu ini.. (Mostly saya klik Blog Fatin Liyana) lepas tu log out. Isterilah katakan (Apakah kaitan!?)

 Oh ya! SELAMAT HARI RAYA!! MAAF ZAHIR & BATIN!

First time beraya sebagai isteri dan berada di tenom. Hari terakhir puasa, saya sebagai menantu yang baik berhempas pulas mencuci pinggan mangkuk dan lain lain benda yang akan diguna masa raya nanti. Tapi... Tapi... Dalam sibuk-sibuk cuci piring segala. Menitis air mata seorang jenab! Teringat di Papar.

"Siapa yang tolong auntie nanti?"

"Kalau selalu hari-hari begini paling sibuklah sudah kami menolong auntie"

Terbawa-bawa sampai tengah malam. Asal duduk sendiri diam-diam terus otomatik menangis. Dasar cenggeng! Jam 1.30 pagi saya tanpa menunggu hari esok terus call auntie. Menangis gitu! Ala ala di perantauan...

Pesan auntie "Jangan nangis.. Jangan Nangis"

Jenab opkoslah menahan nangis sampai tertidur. Nasib baik besok pagi  mata tidak bengkak.. ^.^

Pagi raya sekali lagi bersedih. Lalu Jenab sebagai seorang anak buah yang baik menelefon mereka di Papar. Memohon ampun sambil tahan nangis. Lepas asben balik dari masjid, Jenab salam cium tangan minta maaf sebab Jenab kan pelawan (bukan pahlawan) yang tangkas. Jadi untuk tidak digelar Isteri durhaka. Jenab pun meminta maaf..

Kali ini tidak macam tahun tahun sebelumnya. banyak ja rumah Jenab bertandang sama dorang auntie. Ni tahun rasanya 4 rumah ja sebab raaaaaammmmmaaaaiiiii tetamu datang beraya di rumah mentua.


Raya pertama sebagai Mrs. Syahiri @ Bang Rambo. Jangan tegur muka Jenab bulat ah. Nanti kena sumpahan kamu jadi bulat juga macam Jenab.

Assalamualaikum :)

Rosalinda aiyaamooorrr... - Soundtrack telenovela Jenab.

Friday, June 27, 2014

Angan-angan kali seja ni ah

Sejak zaman tingkatan 1 budak hingusan, bercita-cita mahu menulis.. Sampai sekarang rasa berkobar-kobar mahu menulis.. Tapi..

Hamba kurang keyakinan

Lebih Imaginasi satja..

Harus minta tunjuk ajar ku sifu dulu dari bang Sahidzan Salleh ni tau..


 
Iman's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template